in

Kronologi Kejadian Pingat Emas Ziyad ‘Dirampas’, Rupanya Ukraine Sudah Buat Bantahan Sebelum Bertanding Tapi…

Kronologi Kejadian Ziyad Rampas Emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian yang menimpa jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang sepatutnya meraih pingat emas namun ‘dirampas’ selepas protes dilakukan kem Ukraine ketika pentas final di Tokyo semalam benar-benar satu berita yang menyedihkan.


Meskipun sudah membuat rayuan atas pembatalan tersebut, keputusan dikekalkan dan pingat emas beralih tangan kepada atlet dari Ukraine, Maksym Koval.

Pelbagai spekulasi timbul tapi untuk menjernihkan keadaan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ti Lian Ker menerusi Facebook telah mendedahkan kronologi sebenar apa yang berlaku ketika pertandingan tersebut berlangsung.

 

Lewat gara-gara hujan dan kawasan padat 

Menurut Ti, kelewatan didakwa berlaku apabila ketiga-tiga atlet (Malaysia, Ecuador & Australia) masih berada di trek latihan dan hanya bergerak ke pusat panggilan tersebut pada masa panggilan yang tertera iaitu pada jam 5.55 petang waktu Tokyo.

“Ekoran dari hujan yang turun selain dari keadaan di kawasan tersebut yang agak padat dengan atlit-atlit dari acara-acara yang lain, ketiga-tiga atlit tersebut telah terhalang untuk memasuki pusat panggilan dan pada ketika itulah mereka didakwa telah lewat melaporkan diri.

“Terdapat bantahan lisan oleh pegawai dari Ukraine pada ketika itu bahawa ketiga-tiga atlit tersebut sepatutnya tidak dibenarkan masuk ke pusat panggilan.

“Selepas merayu supaya dibenarkan masuk ke pusat panggilan, maka mereka dibenarkan untuk menyertai pertandingan secara bersyarat (under protest) seperti yang dibenarkan dalam peraturan pertandingan seperti tersebut di atas.”

Ziyad Zolkefli 1

 

Pengadil klasifikasikan penyertaan 3 atlet bersyarat & dianggap DNS 

Semasa pertandingan tersebut berlangsung, pasukan Malaysia telah pesanan ringkas bahawa terdapat bantahan rasmi terhadap atlet negara. Pengadil juga mengklasifikasikan bahawa penyertaan ketiga-tiga atlet tersebut adalah bersyarat dan akan dianggap DNS.

Pegawai Malaysia termasuk Ecuador dan Australia diminta hadir sekiranya ingin membuat rayuan terhadap keputusan pengadil tersebut.

Pada ketika itu Ziyad telah pun mencatatkan keputusan pecah rekod seperti yang disaksikan oleh seluruh dunia,” katanya.

“Kontinjen Malaysia diketuai oleh Ketua Kontinjen Datuk Seri Megat D Shahriman bersama-sama delegasi dari Ecuador dan Australia telah mengemukakan penjelasan dan seterusnya mengemukakan rayuan rasmi kepada Jawatankuasa Pertandingan Para Olahraga dengan memberikan justifikasi-justifikasi yang diharapkan dapat dipertimbangkan supaya penyertaan dan catatan yang dibuat oleh ketiga-tiga atlit tersebut sepatutnya dibenarkan dan bantahan Ukraine tersebut sepatutnya bukanlah satu kesalahan yang disengajakan selain dari ketiga-tiganya telah pun dibenarkan bertanding tetapi *keputusan Juri Rayuan Olahraga tetap memihak kepada keputusan awal pengadil pertandingan yang memutuskan bahawa kesalahan telah dilakukan oleh ketiga-tiga atlit tersebut.*”

Rayuan Malaysia, Ecuador dan Australia kemudian ditolak Juri Rayuan Para Olahraga World Para Athletics (WPA).

239799329 369496741407519 4192590110756635621 N

240781794 369496781407515 1970706471481075966 N

Menurut Ti lagi, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Persatuan Olahraga Para Malaysia akan membuat bantahan rasmi kepada Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletic (WPA) supaya dipertimbangkan semula rayuan ketiga-tiga negara tersebut agar penyertaan dan catatan mereka bagi acara Shot Put F20 Para Olahraga di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 perlu diiktiraf sebagai penyertaan dan catitan rasmi kejohanan tersebut

Namun bantahan ini hanya boleh dilakukan selepas Tokyo Paralimpik 2020 selesai. Setakat ini kita terpaksa menerima keputusan acara tersebut.

Ziyad Zolkefli

Apa-apapun nampaknya setakat ini kita terpaksa menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka walaupun ramai yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.

Semoga ia menjadi pengajaran juga buat atlet yang lain. 

Baca: “Not the real winner” – Pingat Emas Ziyad Ditarik balik, Netizen Malaysia ‘Serang’ Atlet Ukraine

Protes Rakyat Malaysia Ziyad Gold

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.