in

“Kulit dia setaraf biawak” – Ikan Bandaraya Bakar Cicah Kuah Asam Sajian Istimewa Di Vietnam?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ikan bandaraya ataupun ikan tombot ini memang terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan kerana sifatnya yang suka ‘membersihkan’ air dengan memakan kotoran dan menjadi pilihan para pengumpul ikan bagi tujuan membersihkan akuarium.


Tapi korang nak tau tak, ikan bandaraya yang ada juga memanggilnya sebagai ikan ‘DBKL’ di Malaysia ni menjadi menu istimewa di Vietnam? Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna facebook baru-baru ini, Tinh Nguyen.

Menerusi postingnya, jelas kelihatan ikan bakar yang persis ikan bandaraya dijadikan hidangan, dan dikatakan ianya adalah menu istimewa mereka!

Keistimewaan kampung saya! Sangat sedap hingga sukar dilupakan!”

Dalam kiriman tersebut kelihatan beberapa ekor ikan bandaraya di dalam mangkuk besi yang dipercayai sudah disiang dibalut dengan daun pandan dan batang serai sebelum dibakar di atas kayu arang menggunakan rangka kipas (yihhhh min tak terfikir boleh guna rangka kipas buat alas bakar).

Setelah siap masak, ia disajikan bersama air asam dan cili. Hidangan ini dijual hanya 90sen untuk sekilo.

 

Rasa macam belut.”

Menurut satu komen netizen, daging ikan bandaraya dikatakan serupa dengan daging belut.

Ada yang pernah makan tak? Share sikit.

 

Baca : “Rangup tak?” – Dari Perhiasan, Ikan Laga Kini Dijadikan Hidangan Lazat

Sumber: facebook
Sumber: facebook
Sumber: facebook
Sumber: facebook
Sumber: facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.