in

“Pompuan yang dok dm2 Yas, dah boleh la stop” – Zarina Anjoulie Mengaku Dah Rujuk Balik Dengan Bekas Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lebih kurang sebulan yang lalu, pelakon Zarina Anjoulie telah mengesahkan yang dia telah pun bercerai dengan suaminya, Eilyas Azhar selepas 6 bulan mendirikan rumah tangga.


Namun semalam, menerusi Instagram, wanita yang mesra disapa Anju ini telah memuat naik gambar dia menerima jambangan bunga dan menulis kapsyen seolah-olah memberi hint yang dia dan bekas suaminya itu dah berbaik semula.

Selepas ramai netizen mengatakan huruf Y yang ditulis oleh Anju itu merujuk kepada panggilan nama suaminya “Yas” dan mengharap agar pasangan ini berbaik semula.

“Pompuan2 yg dok dm2 yas aku rasa skrang dah boleh la stop”

Tak lama kemudian, Anju telah muat naik satu lagi posting mengesahkan yang dia telah pun rujuk dengan suaminya.

Tak cukup dengan itu, Anju turut memberi amaran kepada wanita lain yang nak masuk daun selepas dia berpisah itu untuk berhenti ganggu suaminya.

Wahai pompuan2 yang dok dm2 Yas aku rasa sekarang korang dah boleh la stop dm2 laki aku ye… Tak marah pesan je… Aku dan Yas dah rujuk ok bye…”

Malah, Anju juga sempat memberi pesanan kepada Fara Mendoza, yang umum tahu tentang pergaduhan terbuka mereka ini tentang status dirinya sekarang.

FM (Fara Mendoza) jangan kau sedih lak aku dah rujuk balik.”

Bagaimana pun, posting ini telah pun dipadam Anju beberapa minit selepas ia dimuat naik.

Alhamdulillah, baguslah kalau dorang dah berbaik semula…

 

Baca: “Aku dah cerai, best day of my life” – Zarina Anjoulie Sahkan Penceraian Lepas 6 Bulan Dirikan Rumah Tangga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.