“CEO Facebook pun pandai masak” – [VIDEO] Nia Ramadhani Kena Kecam Netizen Indonesia Sebab Takut Goreng Telur Mata

Tambah ke Sumber Pilihan
“CEO Facebook pun pandai masak” – [VIDEO] Nia Ramadhani Kena Kecam Netizen Indonesia Sebab Takut Goreng Telur Mata

Nama Nia Ramadhani menjadi topik perbualan netizen selepas satu posting di Twitter viral sejak semalam. Seorang netizen Indonesia telah muat naik snippet video daripada rancangan Ngopi Dara yang dihoskan oleh Nia.

Apa yang dihebohkan netizen? Dalam episod Ngopi Dara itu, Nia telah menjemput pelakon kacukan, Yasmine Wildblood dan mereka telah berentap dalam cabaran menggoreng telur mata dengan betul.

Nia Ramadhani gak bisa goreng telur aja heboh satu Indonesia.”

Video yang dimuat naik di Youtube itu mendapat perhatian netizen di sana selepas Nia dilihat takut-takut untuk menggoreng telur sebab taknak minyak panas terpercik ke arahnya.

Tapi Nia sendiri sempat bergurau dan ‘action’ konon-konon mudah je sebab dia dah biasa buat untuk anak-anaknya. Sekali bila dah pecahkan telur masuk kuali, jelas nampak dia cuak terkena percikan minyak.

Ini masalah gampang (mudah), ini masalah urusan tiap hari di rumah kayak gini buat anak-anak.”

Tapi, bila minyak dah mula terpercik sikit-sikit terus terserlah cuak di muka Nia dan last last dia terus kata taknak teruskan!

Auuuuu. Nggak mau ah. Gi mana ya gue? Ahhh nggak bisa. Udaan lah.”

Soalnya minyaknya meletup letup ya.”

https://twitter.com/entong_ojjan/status/1219461034102013953

Tapi selepas itu, Nia sempat menjelaskan di Instagram yang dia cuma berlakon dan berpura-pura takut serta tak tahu menggoreng telur.

Saya berlakon bagus sekali kan? Seolah-olah macam betul-betul tak pandai masak.”

Kenapa Nia sering menjadi perhatian dan selalu dikritik kalau tak tahu apa-apa? Sebab dia merupakan seorang isteri kepada usahawan kaya Indonesia, Ardi Bakrie dan netizen semua tahu dia menjalani kehidupan serba mewah sejak berkahwin pada 2010.

Kalau kaya tapi tak reti buat basic life skills or hacks, mesti kena kecam punyaaaa dengan netizen…

Baca: “Kok ziarah kubur pakai celana pendek?” – Nia Ramadhani & Suami Dikecam Gara-gara Tak Menutup Aurat Ketika Menziarah Kubur Bapa

Kubur

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Sue Idris
Lagi tulisan Sue
Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“CEO Facebook pun pandai masak” – [VIDEO] Nia Ramadhani Kena Kecam Netizen Indonesia Sebab Takut Goreng Telur Mata
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ceo-facebook-pun-pandai-masak-video-nia-ramadhani-kena-kecam-netizen-indonesia-sebab-takut-goreng-telur-mata/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM