in

“Muka Melayu sangat” – Anak Rihana Oksana Makin Besar, Netizen Harap Ismail Leon Dididik Agama Islam & Belajar BM

Anak Sk Rihana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ternyata masa pantas berlalu. Kalau dulu hampir setiap hari kita dengar kisah mengenai hubungan Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana dan Sultan Kelantan yang sehingga kini menjadi tanda tanya.


Namun kini, kisah itu sudah tidak semakin kedengaran lagi dan nampaknya Rihana menjalani kehidupannya dengan anak lelakinya, Ismail Leon seperti ibu dan anak biasa yang lain. Diam tak diam, Ismail kini sudah berusia 1 tahun 5 bulan tau! Wah dah besar dia! 

Menerusi Instagram Rihana, dapat dilihat hubungan mesra anak beranak ini dan ramai juga di kalangan netizen yang mengusik wajah Ismail saling tak tumpah macam orang Melayu. Kecil-kecil pun dah handsome orangnya ye! 

Anak Melayu

 

“Harap mama didik dia ajaran Islam dan bercakap Melayu” 

Selain daripada menegur soal wajah anak Rihana, ada juga di kalangan netizen yang bertanya sama ada Ismail Leon dibesarkan dengan cara seorang Muslim ataupun tidak.

Malah jika dilihat gaya hidup Rihana yang sekarang, ramai yang agak ragu-ragu dengan status agama Rihana. Pun begitu, dalam satu bahagian replies Instagram Rihana ada menjawab yang dia memberi pilihan untuk Ismail memilih apa yang dia mahu jadi apabila sudah besar nanti.

Thank you. Leon will grow up and decide himself whom he wants to be” 

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang meminta Rihana mengajar Ismail Bahasa Melayu. Waaah barulah multilanguage kan? 

Nasib Muslim

Apa-apapun admin mendoakan semoga Rihana dan Ismail Leon dalam keadaan baik-baik sahaja. 

Baca: “Ada muka melayu sikit” – Persoalan Terjawab, Ini Rupa Anak Rihana Oksana

Rihana

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.