in

Bunyi Pam Tandas Jiran Kuat Sangat, Suami Isteri Menang Kes Saman Lebih RM45,000

Pageq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kalau duduk berjiran ni, akan ada isu kalau jiran kita buat bising atau pasang lagu kuat-kuat, kan? Itu kalau berjiran dengan orang bujang, kalau jiran berkeluarga pula mungkin akan berdepan masalah anak kecil menangis atau suami isteri bertengkar kuat.


Di Itali, lain pula ceritanya apabila sepasang suami isteri berjaya menang kes saman lebih RM45,000 hanya kerana pam tandas yang digunakan oleh jiran mereka terlalu kuat.

Menurut laporan dari Metro, mahkamah di Itali mengekalkan hak pasangan itu terhadap perlindungan daripada bunyi bising pada waktu malam, berikutan pengalaman pahit mereka selama 19 tahun menetap di Gulf de Poets, La Spezia.

 

S 2

Hampir dua dekad diganggu pam tandas

Pengalaman mereka diganggu pam tandas itu bermula pada 2003 apabila empat beradik yang juga jiran kepada pasangan itu membeli tandas baharu, di mana sistem pengepamannya dikatakan sangat bising.

Pasangan suami isteri itu kemudiannya bertindak membawa perkara tersebut ke mahkamah di bandar berdekatan La Spezia. Mereka memfailkan aduan berkenaan sistem pengepam itu berikutkan katil mereka terletak bersebelahan dinding yang menghubungkan kedua-dua rumah.

Tambah mereka lagi, saiz bilik tidur yang terlalu kecil menghalang mereka untuk menyusun semula kedudukan perabot, menjadikan pasangan itu tidak punyai pilihan lain selain ‘menghadap’ pencemaran bunyi itu.

Types Of Toilet Flush Systems 1 Scaled 1

Awalnya, hakim menolak tuntutan saman mereka, sebelum pasangan itu membuat permohonan di mahkamah rayuan di Genoa.

Hasil rayuan itu, pemeriksaan ke atas dua buah flat berkenaan telah dilaksanakan, di mana penyiasat mendapati sistem pengepam yang dilaporkan sememangnya mengganggu ketenteraman pasangan tersebut.

Namun, empat beradik yang didakwa pula tidak berpuas hati dan mencabar semula keputusan itu di Mahkamah Agung di Rom.

Italian Supreme Court Building Downtown Rome Italy Court Cassation Rome 132440709

Selepas hampir dua dekad, akhirnya hakim di mahkamah lebih tinggi meletakkan keputusan yang berpihak kepada pasangan itu, menyatakan gangguan bunyi itu melanggar hak mereka untuk mendapat tidur yang lena.

Empat beradik itu diperintahkan membuang tandas tersebut dan diminta membayar pampasan berjumlah RM 45,115.82 kepada pasangan berkenaan.

Pasangan itu menerima ganti rugi berjumlah 500 euro (RM 2,374.52) setiap tahun, dengan nilai keseluruhan 9,500 euro (RM 45,115.82) untuk 19 tahun penderitaan mereka mendengar bunyi pam tandas yang kuat itu.

Macam-macam, eh? Tandas punya pasal, tak pasal-pasal terbang duit… 

Baca: “Orang dah kumur2”, Warganet Geli Lihat Lelaki Ini Masak Mi Segera Guna Sinki Hotel

Capturec

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.