“Bulan sama tahun berbeza” – Netizen Jumpa Posting Nidza Afham Bulan Ogos Tahun Lepas

Jadikan sumber pilihan di Google
“Bulan sama tahun berbeza” – Netizen Jumpa Posting Nidza Afham Bulan Ogos Tahun Lepas

Semalam, penyanyi Allahyarham Nidza Afham ditemui meninggal dunia di Sungai Klang selepas arwah dilaporkan hilang ketika keluar berjoging.

Berita duka ini telah membuatkan keluarga arwah sedih termasuklah peminat dan netizen yang menunggu update arwah sejak semalam lagi.


Netizen jumpa posting arwah

Bagaimanapun, netizen telah menjumpai satu hantaran milik Nidza Afham di platform Threads yang mahu pengikutnya menghadiahkan Al-Fatihah selepas dia ‘pergi’ buat selama-lamanya.

Artikel berkaitan: “Berkatalah benda yang baik” – Abang Ipar Nidza Afham Minta Netizen Henti Buat Spekulasi Tentang Arwah

Artikel berkaitan: “Baliklah Afham” – Masih Belum Ditemui, Bapa Laung Azan Cari Penyanyi Hilang

Sedekahkan Al-Fatihah bila saya sudah tiada.

Afham 5

Hantaran tersebut kini meraih ratusan likes dan shares dan ramai netizen mendoakan arwah di ruangan komen.

Afham 1

Posting bulan Ogos tahun lepas

Pun begitu, hantaran arwah di Threads itu juga tular di TikTok dan netizen mengaitkan tarikh hantaran itu dimuat naik sama dengan bulan arwah Nidza Afham ditemui meninggal dunia.

Baru perasan posting tu bulan Ogos 2023. Siapa sangka dia betul-betul ‘pergi’ pada bulan Ogos 2024. – netizen

Tarikh tu kebetulan ke? 27 Ogos 2023 (10 Safar) dan semalam 15 Ogos 2024 (10 Safar). – netizen

Afham 2 Afham 3

Menjengah ke ruangan balas, ramai netizen lain juga mendoakan arwah agar ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Afham 4

Terdahulu, adik kepada arwah Nidza Afham, Aufahanie memaklumkan di media sosial mengenai kehilangan abangnya selepas keluar untuk berjoging di Stadium Klang pada waktu malam.

Difahamkan, mesej terakhir arwah adalah pada jam 9.04 malam dan sekitar jam 7 malam (Rabu), pihak bomba menjumpai mayat lelaki di sekitar jambatan Sungai Klang sebelum polis mengesahkan mayat itu adalah Nidza Afham.

Al-fatihah..

Sumber: Threads, TikTok

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Bulan sama tahun berbeza” – Netizen Jumpa Posting Nidza Afham Bulan Ogos Tahun Lepas
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bulan-sama-tahun-berbeza-netizen-jumpa-posting-nidza-afham-bulan-ogos-tahun-lepas/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen