Baru-baru ini, Adam Corrie ada berkongsi sebuah video di Instagram menunjukkan dia membantu saudara mengucap syahadah dan perkongsian itu mendapat pujian serta menjadi perbualan ramai. Menurut Kosmo, Adam atau nama Islamnya, Adam Corrie Lee Abdullah berkata dia telah berjaya mengislamkan seramai 20 orang saudara baru.
Kebanyakan saudara baharu yang saya Islamkan dapat hidayah lepas dengar azan.”
https://www.instagram.com/p/CToe0bYhjfV/
Namun, siapa sangka dalam pada dia melakukan kebaikan dan membantu mereka yang ingin memeluk Islam ada pula pihak yang berasa kurang senang dengan apa yang dilakukannya.
Semalam, melalui satu posting di Instagram, pelakon yang dahulunya terkenal dengan watak aksi dan gangster itu dia telah mendedahkan mesej yang diterimanya daripada seorang individu tidak dikenali.
Berdasarkan gambar itu, individu tersebut dilihat mencabar Adam untuk meyakinkannya memeluk agama Islam. Tidak marah atau melatah, Adam menerangkan dengan baik tentang bagaimana dia boleh membantu ramai orang mengucap syahadah.
https://www.instagram.com/p/CTv7guwlBDC/
Katanya lagi, dia tidak berasa bangga diri dan memaksa siapa pun untuk berhijrah sebaliknya perkara itu berlaku dengan kerelaan hati setiap individu yang dibantunya.
Tiada paksaan kepada sesiapa sahaja untuk kembali kepada fitrah. Semua terpulang kepada empunya diri.”
Kebanyakan yang saya syahadahkan adalah orang yang saya tak kenal. Tak pernah jumpa. Mereka yang datang jumpa saya, DM/PM saya menyatakan hasrat untuk syahadah.”
Ada yang bertanya perlu bayaran ke nak masuk Islam? Tiada bayaran. Hanya bawa diri dan hati yang tulus cintakan Islam itu sahaja.”
Adam juga berkata dia akan mengesyorkan agar saudara baru ini untuk mengikuti kelas-kelas agama di mana-mana majlis agama Islam negeri masing-masing untuk mendalami tentang agama Islam.
Baca: “Alhamdulillah” – Shuk Sahar ‘Join’ Tabligh, Minta Peminat Doakan Supaya Dia Terus Istiqamah