in

“Alhamdulillah” – Shuk Sahar ‘Join’ Tabligh, Minta Peminat Doakan Supaya Dia Terus Istiqamah

Ft Syuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti korang perasan sekarang ni ramai artis yang sertai jemaah tabligh antaranya Anuar Zain, Aliff Aziz, Shaharul Ridzwan, Zul Ariffin, Norman Hakim dan Zahiril Adzim. Baru- baru ini, ada seorang lagi pelawak terkenal yang pernah terpalit dengan kontroversi rumah tangga pun sertai tabligh iaitu Shuk Sahar.



Dalam perkongsian @dakwahtablighmalaysia, team tabligh itu telah memuat naik dua gambar di Instagram yang menunjukkan Shuk Sahar bersama seorang jemaah tabligh yang dikenali sebagai Maulana Helmi yang menarik perhatian netizen.

Syuk2 E1631678367288

Dalam masa yang sama, Dakwah Tabligh Malaysia juga berharap supaya peminat-peminat mendoakan Shuk Sahar supaya terus Istiqamah dalam mencari makna dalam hidup dan kembali pada fitrah manusia.

Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri juga telah memuat naik foto yang sama di akaun instagramnya dan berharap akan berjumpa dengan Maulana Helmi lagi pada masa akan datang.

Menjengah di ruangan komen, bukan hanya peminatnya sahaja, malah rakan-rakan artis yang lain seperti Sharif Zero dan Fizie HotFM juga mendoakan dia supaya terus istiqamah.

Antara komen daripada peminat dan rakan artis yang min tertarik untuk berkongsi:

Komen Shuk

Syuk juga berterima kasih pada Maulana Helmi kerana memberinya peluang untuk menunggang kuda.

Min doakan niat baik Shuk Sahar ini dipermudahkan dan terus istiqamah.

Baca: “Saya dulu pun jenis solat bersepah” -Dah Lama Belajar Senyap-senyap Zul Ariffin Seronok Dalami Ilmu Agama

Zul E1631678680465

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.