in

“Bukan kedekut ilmu, tapi berniaga kan?” – Lelaki Ini ‘Disekolahkan’ Lepas Dia Dengan Selamba Minta Resepi Puding Kastard

Feature Image Puding

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak buat hasil kerja yang boleh di kata membanggakan tapi hasil tu akhirnya kena ciplak atau di ambil oleh orang lain tanpa kebenaran? Kalau pernah mesti geram kan?


Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai kisah seorang lelaki yang bertanya kepada penjual puding kastard strawberi mengenai resepinya di laman Twitter.

Tapi apa yang agak mengejutkan, ramai pihak yang menyerangnya dan menganggap tindakan dia meminta resepi sebegitu tidak sepatutnya berlaku.

“Bro tak baik, orang meniaga”

Namun, permintaannya telah ditegur oleh pengguna Twitter lain yang dikenali sebagai @KalifPoi23, yang juga merupakan seorang chef bagi perniagaan pastri.

Dia tidak memarahi lelaki yang meminta resepi puding tersebut, namun sebaliknya kecewa dengan tindakannya yang seperti tidak menghormati business puding kastard strawberi itu.

Macam terkilan lah. Benda tu kalau aku decide nak share insyAllah aku akan share. Tapi minta resepi untuk orang yang berniaga ni, aku cakap memang rude dan tak beretika (unless owner sendiri yang bagi)”

Tambahnya, dia turut menekankan bahawa bukan mudah seseorang itu hendak beri resepi kerana mereka juga sebelum ini pergi ke kelas dan mengeluarkan wang untuk mendapatkan ilmu dalam bidang tersebut.

So lebih kurang macam, takda benda dalam dunia ni yang free.

Tapi, Kalif juga telah dilabel sebagai seorang yang kedekut ilmu kerana pendirian tegasnya mengenai perkara ini.

Siapa Danish?

Alamak, siapa pula Danish ni? Hmm mungkin sapa yang minat bidang dalam bidang pastri ni kenal akan adik Danish ni. Meh admin kenalkan sikit.

Danish Harraz Abd Hafiz, 12, merupakan seorang usahawan dan juga chef pastri muda yang mempunyai ratusan ribu pengikut di laman media sosial.

1500X500
Sumber: twitter

 

Dia juga di katakan sering berkongsi resepi bagi tujuan memberi peluang kepada netizen untuk menghasilkan seperti apa yang dia buat.

Tapi ada dua resepi yang adik Danish ni rahsiakan, disebabkan produk tu adalah untuk projek amal jariahnya.

Tapi bagi admin sebenarnya bukan lah satu isu yang besar benda ni, mungkin lelaki tu tersilap tempat dan waktu untuk dia minta resepi tersebut. Apa pun terima saja lah teguran tersebut dan jangan la anggap ia sebagai satu kecaman.

 

Baca: “Suruh dia beli kek pisang dekat mall jelah” – Pelanggan Ini Bagi Bajet Yang Tak Masuk Akal Nak Tempah Kek Untuk 40 Orang Makan

Llk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.