in

“Bukan bisher bisher…” – Netizen Dah Makin Rasa ‘Annoyed’ Dengan Tagline ‘Rempit’ Najib Razak?

Bukan Bisher Bisher

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin famous dan digemari golongan marhaen, tagline ‘Malu Aper Bossku’ oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ini menjadi titik kebangkitan bekas PM tersebut selepas mendapat cemuhan akibat terlibat dengan skandal 1MDB.


Pun begitu, Najib yang kita lihat sering ‘lepak’ dengan geng motor sejak akhir ni bukan saja belajar satu tagline tu. Beliau kini nampaknya sudah pandai menyebut lenggok orang muda macam ‘On tak on’ dan terbaru semalam, ‘Bukan beshe-beshe’ atau #BBB di Instagram

 

“DS Najib tak perlu buat benda begini, seolah-olah menjatuhkan martabat seorang negarawan” 

Macam manapun, nampaknya tak ramai yang gemar gaya terbaru bekas PM kita ni yang mereka lihat seperti dah jauh menyimpang daripada personaliti asalnya. Kebanyakannya berpendapat, Najib seakan-akan menjatuhkan martabatnya sebagai seorang negarawan. Ye tak ye jugak ye?

Jatuh

Negarawan 1
sumber: instagram
Negarawan
sumber: facebook

“Adakah aku rasa makin annoying benda ni?” 

Malah tak cukup dengan tu, ramai di kalangan netizen jugak akui yang personaliti terbaru Najib Razak ini makin ‘annoying’ atau menjengkelkan sebab bekas PM ni nampak sangat awkward bila sebut lenggok ala ‘rempit’ ini.

Annoyed
sumber: twitter

 

“Kenapa sedih sangat tengok Najib ni” 

Selain itu, ada juga yang mengungkapkan rasa sedih melihat bekas PM Najib sanggup meletakkan maruahnya di bawah demi nak ‘blend in’ dengan rakyat. Aduhai… 

Sedih 1

Sedih 2

Sad
sumber: twitter

Apa-apapun admin yakin, di sebalik ramai yang tak puas hati atau tak berapa suka dengan imej terbaru DS Najib ni, masih lagi ramai yang kat luar sana sokong dia kan? So kita tengok ajelah nanti macam mana ye. #maluaperbossku

Baca: ‘Malu Apa Bossku’ Trending, Ramai Tak Boleh ‘Move On’ Slogan Terbaru Dari Najib Razak

Bossmu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.