in

“Bukan beragama Islam boleh ke dobi lain” – Dobi Khas Untuk Muslim Cetus Kecaman Dari Netizen

Dobbi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak pernah ke kedai dobi? Namun pernahkah anda ke kedai dobi yang hanya khas dibuka untuk melayan satu-satu golongan dari segi bangsa atau agama sahaja? Pelik bukan? 

Namun sebuah kedai dobi layan diri di Jalan Junid, Muar, Johor ini telah melaksanakan dasar ‘mesra Muslim’ iaitu dengan menawarkan perkhidmatan mereka hanya kepada pelanggan yang beragama Islam sahaja, lapor NST.


Kewujudan kedai dobi ini mula disedari netizen apabila tersebarnya sebuah gambar yang menunjukkan papan tanda ‘mesra Muslim’ di hadapan kedai tersebut.

22007339 740682999463894 7508382674638629071 N
sumber: facebook

Menurut FMT, pengendali dobi berkenaan yang berusia 40 tahun memberitahu kepada sebuah akhbar Cina bahawa dia sekadar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang yang beragama Islam.

Malah dia mengalu-alukan kedatangan pelanggan yang berbangsa Cina dan India ke kedainya namun dengan satu syarat, mereka haruslah beragama Islam. Manakala mereka yang bukan beragama Islam pula dicadangkan untuk ke kedai dobi layan diri yang lain sahaja. Hmm boleh ke macam tu? 

Dobi 1
sumber: nst

Pun begitu, pengendali tersebut enggan menjelaskan mengapa dia mengenakan syarat berkenaan kepada pelanggannya. Apabila ditanya sama ada ia berkaitan dengan unsur ‘najis’ atau ‘tidak bersih’ seperti bulu anjing yang melekat pada pakaian mereka yang bukan Muslim, dia menolak untuk mengulas dengan lebih lanjut.

Dobi 2
sumber: nst

Walau bagaimanapun, dasar ‘mesra Muslim’ yang diketengahkan pengendali dobi ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang ada di antaranya menyokong dan menyangkal tindakan kedai tersebut sebagai tidak munasabah.

Komen Dobi

Komen Dobi 4

Komen Dobi 3

Komen Dobi 2
sumber: facebook

Berikutan isu ini, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, dia memuji inisiatif yang diambil pemilik dobi tersebut yang mengambil tahu keperluan orang Islam yang kadangkala ragu-ragu dengan tahap ‘kebersihan’ dobi layan diri yang ada di sini.

“Kalau ada seseorang yang ingin melakukannya, dan ia perkara yang baik kerana sesetengah Muslim meragui akan perkhidmatan dobi layan diri. 

“Ia lebih baik jikalau orang Muslim dijauhkan dari rasa ragu-ragu apabila ia berkenaan kebersihan kerana ia membantu mereka untuk menjalankan ibadah agama,” kata Tahrir.

Rasanya lebih baik kita jangan menghukum terlebih dahulu akan usaha saudara ini. Kan ada banyak lagi kedai dobi di luar sana? Kalau rasa susah, cuci aje baju sendiri di rumah. 🙂

Baca: Sekolah di Hulu Langat Cetus Kemarahan Orang Ramai Kerana Asingkan Cawan Untuk Pelajar Mengikut Agama

Bukan Islam Islam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.