Budak Dua Tahun Mati Terbakar Dalam Kereta Lepas Main Dengan Kotak Mancis Ayah

Malang memang tak berbau, budak-budak yang masih belum boleh berfikir dengan baik memang tak patut ditinggalkan berseorangan, kalau tak lain jadinya.
Seperti kisah yang berlaku di Ukraine ini, seorang budak mati terbakar di dalam kereta ayahnya lepas bermain dengan sekotak mancis.
Menurut Mirror, budak perempuan berusia dua tahun yang dipanggil Oryna ini ditinggalkan bermain di luar rumah seorang diri untuk beberapa minit sebelum dia memanjat ke dalam kereta ayahnya yang diparkir di laman.

Difahamkan, Oryna menemui sekotak mancis di dalam glove compartment dan bermain dengan mancis tersebut tak berapa lama sebelum kebakaran berlaku.
Oryna mungkin secara tak sengaja menghidupkan mancis tersebut dan menjatuhkannya ke atas tempat duduk sebelum api mula merebak.
Bapanya yang masuk ke rumah sebentar mengintai anaknya dari tingkap beberapa minit kemudian dan bergegas keluar bila melihat anaknya tiada. Dia kemudian melihat keretanya terbakar dan dipenuhi dengan asap dengan anaknya yang tak sedarkan diri di dalamnya.

Tak berputus asa, bapa ini bergegas membawa anaknya ke dalam rumah dan cuba menyedarkan anaknya semula tapi malangnya Oryna mati akibat melecur dan keracunan karbon monoksida.
Jiran keluarga ini menelefon pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan selepas mendengar jeritan ibu Oryna.
Baca: Terdesak, Ibu Jatuhkan Anak Dari Tingkat 10 Lepas Rumah Mereka Terbakar




