in

Buat Pertama Kali Selepas 8 Tahun, Changi Bukan Lagi Airport Terbaik Di Dunia

Changi Airport Hamad Doha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lapangan terbang mungkin merupakan tempat yang paling kurang berfungsi semenjak pandemik melanda seluruh dunia dan secara tidak langsung turut mengubah ‘pengalaman’ pengguna dalam menggunakan sesebuah lapangan terbang.


Sejak awal 2020, pelbagai langkah drastik diambil oleh lapangan terbang seluruh dunia dalam usaha mengembalikan kepercayaan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Ini termasuklah peningkatan sistem pembersihan, kebersihan, penjarakan sosial serta langkah keselamatan pelanggan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak Skytrax akan mengadakan kaji selidik kepuasan pelanggan terhadap kesemua lapangan terbang selain memberikan pelbagai anugerah kepada lapangan terbang yang menepati piawaian ketat ditetapkan.

Changi Airport

Selama 8 tahun berturut-turut, bermula dari tahun 2013 Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura telah mendominasi dan memenangi anugerah lapangan terbang terbaik seluruh dunia.

Dengan menghubungkan lebih 200 destinasi dan menerima hampir 5000 ketibaan dan perlepasan setiap minggu, nampaknya lapangan terbang tersebut gagal untuk memenangi anugerah tersebut buat kali ke-sembilan. Lapangan terbang itu dilaporkan jatuh ke tangga ke-3 tahun ini di belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha dan Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo.

Doha Hamad Airport

Menurut Skytrax, 2021 World Airport Awards ini turut mengiktiraf usaha lapangan terbang dalam menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik Covid-19.

18 bulan terakhir (merupakan) masa yang paling mencabar dan paling sulit yang pernah dialami oleh industri pengangkutan udara dunia, dan lapangan terbang telah melabur untuk menyediakan persekitaran yang paling aman bagi pelanggan dan staf mereka semasa pandemik global.”

Berikut adalah senarai ‘top 10’ dalam anugerah airport terbaik di dunia tersebut :

  1. Hamad International Airport
  2. Tokyo Haneda Airport
  3. Singapore Changi Airport
  4. Incheon International Airport
  5. Narita International Airport
  6. Munich Airport
  7. Zurich Airport
  8. London Heathrow Airport
  9. Kansai International Airport
  10. Hong Kong International Airport

Selepas meneliti senarai tersebut, min tertanya KLIA kat mana? Rupa-rupanya, dalam senarai 100 Lapangan Terbang Terbaik, KLIA menduduki tangga ke-55, naik daripada tangga ke-63 pada tahun 2020.

KLIA juga turut tersenarai di tempat ke-9 untuk anugerah Best Airport 2021, kategori 10 hingga 15 juta penumpang. 

Sumber : Skytrax

Baca : [Video] Pasangan Malaysia Kena Halau Balik Lepas Sampai Australia, Didakwa Menipu Sebab Nak Kerja Secara Haram

Malaysian Stuck At Aussie Airport

Sumber: AsiaOne
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.