in

“Buat onar pula dekat negara orang!” – Buruh Binaan Indonesia Ditangkap Sebab Cabul Budak Dekat Kedai

Cabul Budak 1
Lobak Merah
Lobak Merah
"Buat onar pula dekat negara orang!" - Buruh Binaan Indonesia Ditangkap Sebab Cabul Budak Dekat Kedai
Loading
/

Baru-baru ini tersebar sebuah rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki mencabul kanak-kanak di salah satu kedai runcit sekitar Country Homes, Rawang.

Indo3
sumber: facebook

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.15 petang dan menurut Utusan, semalam polis berjaya menahan suspek yang merupakan warga Indonesia bekerja sebagai buruh binaan di sekitar kawasan itu. Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof,

Suspek berusia 45 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen diri. Dalam tangkapan itu, kita turut merampas pakaian yang dipercayai digunakan semasa kejadian.”

Indo1

Indo2
sumber: facebook

Kanak-kanak perempuan yang dicabul itu dilaporkan berusia 9 tahun dan melalui video rakaman CCTV berdurasi 51 saat itu, suspek dilihat mendekati mangsa yang memakai baju merah jambu.

Selepas berada betul-betul di belakang mangsa, dia membuka zip dan terus memeluknya dari belakang sambil menggeselkan kemaluan di punggung kanak-kanak terbabit.

Cabul1

Cabul2
sumber: facebook

Dia kemudian dekati sekali lagi dan cuba mencium mangsa sebelum mangsa bertindak melarikan diri. Lepas tu, dia buat biasa dan terus berlakon macam tengah pilih barang untuk dibeli.

Tonton video di bawah:

Netizen rata-ratanya bengang dengan tindakan pedofilia ini dan lega bila dapat tahu polis dah berjaya tangkap dia. Ada yang minta handphone lelaki ni diperiksa sebab takut takut mungkin dia ada simpan child porn.

“Kasi lunyai sama dia.”

“Bahaya gila seks ni. Bernafsu sangat dengan budak budak.”

Check phone dia, confirm ada child porn.”

“Datang Malaysia buat taik.”

“Beraninya kau buat onar di negara orang. Bagus PDRM sudah cekup.”

Perintah reman terhadap suspek akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

Rasain lo! Cepat PDRM buat kerja, syabas!

Baca: “Jijik! Budak kecik pun dia ganggu” – Pemangsa Pedofilia Semakin Berani ‘Beraksi’ Depan Public

Cabul