in ,

“Boleh join K-Clique” – Netizen Terpegun Dengar Lelaki Ini Rap Padu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Genre hiphop Malaysia semakin berkembang dari hari ke hari. Bermula dengan duo lagenda Too Phat yang mencipta fenomena dan kemudian diikuti beberapa nama besar lain seperti Altimet, Ahli Fiqir, Sleeq dan kini legasi itu diteruskan oleh K-Clique.


Kita juga dapat lihat makin banyak bakat dari scene hiphop underground mula mendapat tempat di mata rakyat tempatan. Tidak terkecuali bakat yang admin nak share dengan korang ni. Kalau tengok cara dia rap, perghh memang padu beb. Kalau korang tak percaya, cuba korang dengar dan tengok sendiri video oleh @MSkylexer kat bawah ni.

 

Boleh join K-Clique

Memang baek weh dia rap. Lain macam flow dia. Maybe lepas ni boleh masuk 16 Baris kot. Baru ada lebih exposure.

Tengok, lirik pun tulis sendiri. Memang berbakat dia ni. Boleh pegi jauh kalau dapat peluang.

Admin yang tak berapa taksub dengan genre hiphop pun boleh rasa flow dia cantik. Teruskan produce lagu, baru meriah industri kita.

Admin tak pasti lah pulak apa maksud dia. Lagi-lagi bab teknikal pasal lagu hiphop ni. Mungkin nak bagi rhyme je kot. Takpe enjoy je.

 

Baca: “Akhirnya ada pun yang cakap”- Dikatakan Kurang Memuaskan, Lelaki Ini Hentam Persembahan ‘Live’ K- Clique

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.