in

“Boleh jatuh syirik” – [VIDEO] Da’i Perjelas Tindakan Lukis ‘Penyihir’ DUKE Boleh Rosakkan Akidah

Page Duke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai sedia maklum bahawa pendakwah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias atau lebih mesra dikenali sebagai DUKE telah mengalami penyakit misteri yang dipercayai akibat dari disihir sehingga luka di bahagian tubuh badan termasuklah di bahagian wajahnya.

Baru-baru ini juga tular satu video di TikTok memaparkan lukisan empat orang ‘penyihiir’ yang dikatakan menjadi dalang dan juga asbab kepada penyakit misteri yang dialami oleh DUKE. Namun, difahamkan video tersebut telah dipadam oleh pemilik akaun.


Lukis Full

“Menyerupai wajah seseorang”

Hari ini, menurut Kosmo Online, DUKE menerusi satu posting yang dibuat di Facebooknya, mengatakan bahawa dia telah menerima pelbagai kiriman Direct Message (DM) di TikTok mengenai video lukisan tersebut.

“Saya dapat banyak kiriman daripada TikTok lakaran lukisan kononnya orang yang melakukan sihir.” – Ujar DUKE

DUKE juga meminta agar orang ramai untuk berhenti menyebarkan video lukisan tersebut kerana ianya menyerupai wajah seseorang dan berkemungkinan orang-orang itu sememangnya wujud dalam dunia nyata.

“Dah macam kelas seni”

Sementara itu, pendakwah bebas iaitu Da’i Fuad Mokhtar memuat naik video berkenaan dengan isu yang tular ini di TikToknya @daifuadmokhtar dan juga Instagramnya menjelaskan sebab kenapa DUKE meminta untuk berhenti sebarkan lukisan tersebut.

@daifuadmokhtar

Agama ni ada aturannya. Untuk kalian yang ingin betul betul belajar ilmu rawatan islam, klik link di bio ustaz #BuatsebabAllah

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Ujarnya dalam video ini, kaedah lukisan yang digunakan itu tidak semudah seperti yang ditunjukkan apatah lagi melibatkan perkara-perkara ghaib malah ianya boleh merosakkan akidah kerana ianya merupakan kerja Allah SWT.

“Allah berfirman dalam Al-Quran menerusi Surah Al-Naml ayat 65; Tidak ada satu orang pun yang boleh tahu apakah yang ada di ghaib langit dan di bumi kecuali Allah SWT”

Di akhir video itu juga, Da’i Fuad menasihatkan orang yang sakit untuk pergi berjumpa dengan pakar yang tepat supaya menerima rawatan yang sebetulnya dan jangan bersikap terdesak untuk segera sembuh.

Kita sama-sama doakan semoga Ustaz Kazim Elias ni diberikan kesembuhan semula ya!

Baca: “Jangan timbulkan tuduhan” – Tular Video Lakaran ‘Penyihir’, Ustaz Kazim Elias Minta Jangan Sebarkan

Untitled 3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.