in

“Bodoh ke sis?” – Cleopatra Bagi Usul Untuk Turunkan Cukai , Tapi Netizan Hentam Kaw-Kaw Sebab…

Cleopatra3 1

Selepas CQT & ‘kantoi’ gambar Google, Cleopatra sekali lagi menjadi tumpuan kecaman warganet ketika dia cuba menyuarakan satu usul cadangan untuk menurunkan cukai di Twitter.

 

Cukai kereta import patut diturunkan

Dalam tweet yang dimuat naik itu, cukai yang dia maksudkan adalah cukai untuk kereta import, dimana kereta tersebut sepatutnya harus mampu dimiliki oleh pelbagai golongan di Malaysia ini.

Cleopatra memberikan contoh harga kereta Lamborghini Aventador yang lebih murah jika di jual di Amerika Syarikat berbanding di Malaysia kerana cukai yang dikenakan.

Katanya dengan penurunan harga cukai tersebut rakyat Malaysia dapat menikmati dan mampu membeli kereta yang lebih selesa atas usaha keras rakyat.

Bagi menguatkan lagi usulnya itu, Cleopatra memberikan contoh golongan yang hanya mampu beli kereta Kancil yang mempunyai keluarga yang  besar. Dia menjelaskan yang kereta Kancil itu bukan sahaja tak selesa tapi ia juga tidak menjamin keselamatan pengguna.

Korang baca ni.

https://twitter.com/lxcleopatraxl/status/1212362618804948997

Katanya lagi, penurunan cukai kereta import pada masa yang sama akan menurunkan harga jualan kereta nasional. 

Usul itu dianggap satu cadangan yang tak rasional untuk dibahaskan, kerana bagi netizen kereta import itu hanya mampu dimiliki oleh golongan yang kaya raya sepertinya.

Secara tidak langsung, tentangan  hebat itu telah mengundang kecaman netizen.

 

Bodoh ke sis? – Netizen

Kereta3
Sumber : twitter
Kereta4
Sumber : twitter

Kereta Kereta2

Dalam pada itu, ada juga yang menyokong dengan ‘usul’ yang Cleopatra suarakan. Berikutan dengan cadangan itu mendapat tentangan hebat majoriti netizen, Cleopatra ada lagi memberikan pendapat memenadangkan ramai yang dah salah tafsir dengan mesej yang dia cuba nak sampaikan, katanya.

https://twitter.com/lxcleopatraxl/status/1212633723746668544?s=20

Hurm, bagi contoh harga Lamborghini Aventador dibandingkan dengan kereta Kancil. Itu perumpamaan je, mana tahu bila cukai kereta import diturunkan keluarga yang mampu pakai kereta Kacil dimaksudkan tu mampu beli Lamborghini? Siapa tahu kan?

 

Baca : “Melayu dengan dengki berpisah tiada”- Cleo Jawab Semula Kecaman Netizen Cakap Dia Tak Reti Masak

Cqt