in

“BN kalah sebab kempen memburukkan saya”

Najib 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai mengatakan bahawa kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 adalah bukti rakyat telah bersuara untuk memilih tampuk pemerintahan yang baru. Namun lain pula pendapat ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak.


Menurut Harian Metro, Najib menegaskan bahawa kekalahan Barisan Nasional (BN) baru-baru sebenarnya disebabkan oleh kempen agresif HARAPAN memburukkan pucuk pimpinan menerusi penyebaran fakta yang mengelirukan tentang keadaan ekonomi negara.

Najib 2
sumber: berita harian

Najib mendakwa beliau kesal kerana menjadi sasaran HARAPAN dan sering diserang dengan pelbagai fitnah bagi mencipta persepsi negatif dalam kalangan rakyat.

“Saya tidak merasa begitu terkilan dengan kekalahan kita (BN) dalam PRU14 yang lalu, (kerana) rakyat sudah membuat pilihan dan kita akur dengan keputusan itu.”

“Cuma apa yang saya sedih… ia (kekalahan) adalah disebabkan kempen memburuk-burukkan pemimpin BN, terutamanya saya dan keluarga paling teruk diserang dengan bermacam dakwaan (tuduhan).”

Image
sumber: utusan

Selain itu, Najib turut menyuarakan pendapat tentang janji-janji yang ditawarkan oleh HARAPAN.

“Mereka (HARAPAN) juga menawarkan janji sangat menarik, janjikan bulan dan bintang…janji yang tidak boleh ditepati pun. Tapi, itulah (yang rakyat) suka dengar dan akhirnya, rakyat membuat pilihan dengan memilih mereka.”

Najib juga mendakwa kerajaan baru ini tidak melaksanakan Rule of Law sepenuhnya jika melihat kepada apa yang terjadi kepada keluarganya.

“Mulanya mereka cakap nak ikut Rule of Law, tapi tuan-puan pun tahu (lihat) apa yang saya dan isteri serta ahli keluarga lalui.”

Njb
sumber: kosmo!

“Mereka melakukan pemeriksaan dalam rumah saya, rumah anak-anak saya, semuanya mereka angkut (sita), hadiah kahwin anak saya pun mereka ambil. Kasut cucu pun mereka ambil, apa maksudnya ini.”

Seeloknya janganlah kita menuding jari di antara satu sama lain dan terus mencari salah siapa, tapi sebaliknya marilah sama-sama bersatu padu demi membawa negara ke arah yang lebih baik.

Baca: “Kenapa tak geledah awal? Najib nak bersahur” – Peguam

Shalsjalis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.