Semalam tular satu video berdurasi 34 saat menunjukkan individu menghalang sebuah kereta keluar dari tapak parking sambil mengeluarkan kata-kata kesat berbaur lucah terhadap pemilik kereta tersebut.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian itu berlaku pada 10 April 2023 kira-kira ham 6.30 petang di hadapan sebuah bangunan di Bandar Springhill, Port Dickson.
“Pada 11 April 2023 lebih kurang jam 4.40 petang, pihak polis mengesahkan telah menerima satu laporan polis daripada si mangsa dan kes disiasat dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam.”
Aidi Sham juga mengatakan bahawa tangkapan terhadap suspek yang merupakan lelaki India telah dilakukan dan hasil saringan awal urin adalah negatif. Suspek yang berumur 38 tahun itu tiada rekod kesalan lampau dan kini ditahan di lokap Balai Polis Port Dickson untuk siasatan lanjut.
Dalam pada itu beliau turut berpesan kepada orang awam agar tidak mencetuskan kegusaran awam dengan menularkan video tersebut serta memberi komen-komen yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Perbuatan penyebaran yang tidak bertanggungjawab sedemikian juga dianggap sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Baca : “Biadap!” – Buat Ugutan Lucah Pada Nurul Izzah, Netizen Mahu Lelaki Ini Didakwa