Zaman media sosial ni, ramai betul orang ingat dorang kebal sampai berani beri komen lucah dan ingatkan dorang selamat sebab bersembunyi di sebalik keyboard.
Macam baru-baru ni, keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan pengeluaran KWSP jelasnya telah membuatkan ramai orang yang kecewa. Tapi wajar ke kekecewaan ni diluahkan dengan cara jijik dan kotor semata-mata kerana tak setuju?
Sebagai contoh, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Mohd Shukri Shohimi telah meninggalkan komen yang jijik serta mempunyai unsur seksual terhadap ahli politik Nurul Izzah yang juga merupakan anak perempuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Komen jijik lelaki ini jelasnya telah membuatkan ramai netizen marah dan mengecamnya. Sehinggakan bekas majikannya Sapura Energy turut mengeluarkan kenyataan mengenai insiden ini.
Menurut Sapura Energy, pihaknya sedar dengan isu yang berlaku ini dan selepas siasatan dibuat, mereka mendapati individu tersebut telah pun menamatkan kontrak dengan mereka pada tahun 2019.
Selain itu, syarikat ini juga turut mengutuk gangguan seksual yang terdapat dalam komen tersebut kerana ianya bertentangan dengan polisi mereka. Sapura Energy turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berhubung perkara ini bagi memastikan media sosial menjadi tempat selamat dari perkara seperti ini.
Malah, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi Twitter turut memberitahu bahawa pihak polis telah pun diberitahu mengenai perkara ini dan tindakan lanjut akan diambil.
Kenyataan yang dibuat individu ini telah dirujuk dan dibawa ke perhatian @PDRMsia untuk tindakan lanjut. https://t.co/8CW9bEYosS
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) March 14, 2023
Jadilah pengguna yang bijak, jangan sampai diri jadi mangsa kata-kata sendiri.
Baca: Pelantikan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Ekonomi Dianggap ‘Nepotism’?