in

Bingung Cari Pemilik Parcel Di Kawasan Perkuburan, Video Penghantar Barang Ini Raih Perhatian Ramai

F4 Parcel Kubur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika baru-baru ini kami ada kongsikan dengan anda kisah tentang seorang rider penghantar barang yang tak menemui rumah penerima gara-gara nama pelik, kali ini ada kisah yang hampir sama.



Berdasarkan video yang tular di media sosial, kejadian kali ini juga dipercayai berlaku di Indonesia dan penghantar barang itu dilihat menghantar barang yang dibeli dari Shopee.

Parcel Kubur 4

Menurut Suara.com, alamat yang tertera pada bungkusan barang itu ialah Kuburan Gelam Jaya Belakang Mi Nurul Falah namun apabila pekerja kurier terbabit sampai ke alamat itu, dia melihat tiada sebuah rumah pun di situ, apatah lagi pemilik parcel itu.

Video penghantar barang itu mula tular setelah dikongsikan oleh akaun Instagram yang dikenali sebagai dagelan.

Tonton video tersebut di sini.

Boleh didengar dalam video itu yang si penghantar barang itu berkata macam ni,

Dah sampai kuburan, yang belinya yang mana?” tanyanya.

Sehingga kini (ketika artikel ini ditulis), video itu telah mendapat lebih 300 ribu likes daripada netizen di Instagram Reels. Ada netizen yang bergurau dan mengatakan rider itu tak sepatutnya tanya siapa yang beli barang tu sebab takut ada yang tak sepatutnya pula yang menyahut. Ah ghisau pulak kan.

Parcel Kubur 3

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang beranggapan kejadian itu mungkin hanyalah prank namun dalam masa yang sama, mereka takut orang lain mungkin terikut sama buat prank macam ni ketika beli barang dalam talian.

Betul juga tu kan. Kesian pekerja kurier nanti nak hantar barang dekat alamat yang bukan-bukan. Apa-apa pun, kita sangka baik je la, mungkin barang online tu dibeli oleh orang yang ditugaskan untuk jaga kubur tersebut. 

Sumber: Suara.com, Instagram @dagelan 

Baca: “Nombor telefon pulak tak lengkap”- Penghantar Barang ‘Buntu’ Nak Hantar Parcel, Nama Penerima ‘Power Ranger’

Parcel Kubur 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.