“Bila takde orang nak dengar cerita kau” – Comel Sangat Video Adik Anas, Netizen Geram!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Bila takde orang nak dengar cerita kau” – Comel Sangat Video Adik Anas, Netizen Geram!

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Korang ingat lagi dengan adik Fattah Anas atau lebih glamor dengan nama Anas? Dulu pernah viral satu Malaysia video adik Anas masuk dalam sangkar.

Semenjak dari tu, followers Anas dekat Instagram mencanak naik. Setiap hari ada saja video yang papa Anas rekod dan upload dekat Instagram untuk tatapan netizen. Ramai suka dan terhibur dengan gelagat Anas sebab he’s very talkative!

Dua hari lepas papa Anas ada upload satu video dekat Instagram, macam biasalah dia sakat si kecil tu kan. Video tu dapat lebih 726,000 views dan lebih 114,000 likes.

Bukan salah papa. Memang tokwan spesis yang suka nyakat Anas sampai nangis.”

Dalam video tu papa dengan tokwan saja la sakat konon taknak dengar Anas nak cakap. Dia pun gigihlah nak mula sembang juga, duk ulang je cakap tapi tak dilayan.

Sumber: Instagram

Anas memang rapat dan manja sangat dengan papa dia so, memang dia sebek lah bila nak cakap papa tak layan kan. Bila tokwan dah gelak, Anas terus sebek dan bila papa dah mula nak pujuk tu dia menangis. Ala siannnn dia!

Korang tengok video ni:

Ramai sangat netizen daripada different social media terhibur tengok video tu. Dekat Twitter ada, dekat Instagram pun ada. Admin pun geram sangat tengok kecomelan Anas, waktu nangis pun comel tau!

Tapi netizen puji papa Anas sebab minta maaf which means dia didik anak dia dari kecik betapa berharganya mengaku bersalah dan minta maaf. Lepas papa dah minta maaf, Anas rasa lega sikit sebab dah dipujuk.

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter

Bijak adik Anas ni. Comel plak tu!

Baca: “Tak tahu lah dik” – Netizen Terhibur Tengok Si Abang Ni Naik ‘Frust’ Ajar Adik Membaca

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!