“Tak tahu lah dik” – Netizen Terhibur Tengok Si Abang Ni Naik ‘Frust’ Ajar Adik Membaca

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Melihat telatah kanak-kanak comel ni ibarat satu terapi minda buat kita, ragam mereka yang mencuit hati ni pasti membuatkan kita lupa segala masalah dan tekanan kerja buat seketika.

Contohnya macam gelagat si Fattah Anas tu, tapi kali ni lain sikit, si abang nak explain kat adik sampai stress jadinya. Alahai, rasa terhibur pula bila melihatnya.

 

“The truggle is real”

Si abang ni nak mengajar adiknya membaca dan fahamkan isi kandungan pada ayat tersebut. Dia pun terjemahkanlah ayat bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

Si adik ni pula ingatkan abang tu tanya soalan padanya, bila dah diterangkan beberapa kali pun masih tak faham sampaikan si Mohd Khairul ni dah give up. 

 

“I’m done. Pepandai la ko dik”

Bila admin tengok video ni admin pula yang jadi penat. Kesian abang ni.

Katanya, si adik ni ada homework, cikgu suruh dia baca satu muka surat kat buku tu. Itu pasal lah dia tolong.

Netizen terhibur melihat gelagat mereka berdua ni, siap ada yang bagi tips lagi. Kesian abang, nak explain tak faham, siap kena marah lagi.

 

Sumber : Twitter

Tapi sebenarnya netizen puji dengan kepintaran adiknya yang boleh faham. Cuma budak-budak kan? Mesti cara mereka terima mesej tak sama macam orang dewasa.

Netizen siap excited lagi nak tengok perkembangan adik dia. Malah, siap ramai gegirl yang melting tengok karenah cute mereka berdua ni

 

Netizen terhibur

Hmmm kalau diperhatikan si Mohd Khairul jenis suka melayan telatah adiknya. Tengok video dia pun rasa macam seronok je.

 

Baca : Netizen Jealous! Anas Sambut Birthday Bersama Gadis Cantik

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?