in

“Bila otai memancing…”- [VIDEO] Nenek Ini Curi Perhatian Tangkap Ikan Cara Unik!

Fi Pancing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang kaki pancing ikan tak? Kalau korang kaki pancing, ada berapa banyak joran dah yang korang ada? Pastu, korang selalunya guna umpan apa nak tangkap ikan?


Nak memancing ni perlukan kesabaran yang sangat lah tinggi. Sebab apa? Sebab nak tangkap ikan ni bukan campak joran terus ikan datang tau. Bergantung pada nasib, kalau cepat tu rezeki lah…tapi kalau lambat, fuhh berjam-jam lah tunggu!

Tapi, video perkongsian yang memperlihatkan skill memancing seorang nenek ini dah curi perhatian ramai. Cara dia tangkap ikan tu sangat lah unik!

@matserap1

Pakai tepung kacau2 ja.. penuh beldi #matseraptukang

♬ suara asli – Rizkan 001 ?? – story wa

“Pakai tepung kacau-kacau ja…penuh baldi!”

Video perkongsian daripada @matserap1 yang berdurasi 59 saat ini telah berjaya mencuri perhatian ramai sehingga berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 5.6 juta penonton dalam masa sehari! Hanya menggunakan tepung gandum dan botol plastik sahaja dia berjaya menangkap banyak ikan!

Menurut netizen di ruangan komen, katanya ‘trick’ macam ni hanya boleh digunakan untuk tangkap ikan belanak je dan rupanya cara unik ni dah memang dikenali ramai!

Komen Pancing 7

Pun begitu, ramai juga yang baru pertama kali tengok cara memancing tanpa joran macam ni. Biasalah…kita orang bandar selalunya tangkap ikan dekat pasar je.

Komen Pancing 8

Nanti balik kampung min nak cubalah…manatau boleh tangkap ikan siakap ke, boleh buat masak stim dengan tiga rasa. Fuhh nikmat!

Baca: [VIDEO] Alami Masalah Pendengaran, Nenek Dua Beradik Ini Sembang Guna Stethoscope!

Baca Pancing

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.