in

“Biar mereka selesaikan hutang, lagi lima tahun kita ambil Malaysia”

Page Pas 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Biar mereka selesaikan hutang, lagi lima tahun kita ambil Malaysia"
Loading
/

PRU14 jelas menunjukkan kebangkitan rakyat dalam memilih pemimpin yang lebih layak dalam memperbaiki masalah dalam negara Malaysia.


Walaupun dengan kemenangan pihak pembangkang yang lain iaitu Pakatan Harapan tempoh hari, nampak gayanya Parti PAS tidak kisah dan menerima kekalahan mereka pada pilihan raya kali ini.

Menurut mStar, PAS mendedahkan bahawa parti tersebut tidak kisah kalah lagi-lagi di saat negara Malaysia sedang menanggung sejumlah besar beban hutang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti tersebut akan mengambil alih kerajaan Persekutuan pada PRU akan datang.

“Hutang banyak, nak bayar macam mana? Biarlah orang lain ambil dulu, selesaikan hutang Malaysia. Lima tahun lagi kita ambil Malaysia.”

Pas 1
sumber: mstar

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan turut membangkitkan semula mengenai kekalahan PAS di negeri Kelantan pada 1978.

Ujarnya, banyak pembangunan baru yang berjaya dilakukan Barisan Nasional (BN) di Kelantan dalam tempoh kekalahan PAS sehinggalah akhirnya Parti PAS berkuasa semula dan mengambil Kelantan pada tahun 1990.

“Serupa kita (PAS) kalah pada 1978, memang kita sedih. Tapi Tuhan ni pandai, dalam tempoh 12 tahun… Dia bagi orang lain memerintah, orang lain buat pembangunan, pejabat… siap semuanya, bagi kita balik.”

“Kita boleh pakai yang dah siap. Jadi, kita bagi mereka lima tahun untuk selesai masalah.”

Pas2
sumber: blog

Memandangkan laporan Kementerian Kewangan dah mendedahkan negara kini berdepan dengan bebanan hutang mencecah RM1 trilion, Mohd Amar berharap agar segala hutang termasuk yang melibatkan 1MDB selesai sebelum mereka mengambil tempat di Kerajaan Persekutuan.

“Selesaikan masalah Malaysia, hutang semua… 1MDB, selesai sehingga habis… kita pula kat sana (Putrajaya).”

Hmmm… Macam tu pulak ye.

Baca: “Kenapa PAS masih bela Najib?”

Iajsiajs 758X398 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.