Nasi ayam, antara dish yang disukai ramai kan? Zaman sekarang ni, sepinggan nasi ayam selalunya lebih kurang RM6-7 atau paling murah pun, RM5.
Tapi, harga nasi ayam dekat kedai ni boleh buat korang terbeliak biji mata, mulut ternganga! Sebab harga sepinggan cuma RM1 je!!!!
Saya hanya mahu berbahagi (berkongsi) rezeki.”
Itulah yang dikatakan pengurus Cemara Urban Restaurant, Norhidayat Jamal, 30, bila ditanya. Idea ni terlintas bagi memastikan semua dapat nikmati nasi ayam dengan harga yang murah dan membantu golongan berpendapatan rendah especially pelajar.
Sambutan promosi sangat menggalakkan
Bermula Mac lalu, promosi ni dapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pelanggan!
“Dulu kami pernah mengadakan promosi seperti ini dan kami terpanggil untuk berkongsi rezeki kepada golongan kurang berkemampuan pada harga tak masuk akal ini.
“Saya ada formula tersendiri bagi memastikan harga nasi ayam masih menguntungkan.”
Terhad untuk pelanggan terawal
Restoran dibuka jam 11 pagi hingga 1 pagi dan promosi nasi ayam itu terhad kepada 500 pelanggan terawal sahaja.
Tetapi, untuk dapat nasi ayam RM1 tu, pelanggan perlu makan di restoran sebab kalau mahu bungkus, harga nasi ayam adalah RM6.
Kualiti rasa tetap sama!
Menurut Norhidayat, memang jarang pelanggan bungkus sebab lebih berbaloi untuk makan di restoran. Dua pinggan nasi ayam bersamaan dengan satu hidangan biasa dan jarang pelanggan tambah pinggan ketiga. Yela, dua pinggan dah kenyang kan. RM2 je pulak tu!
Lebih syok lagi, even harga semurah tu, kualiti rasa nasi ayam dan bahan tak dikurangkan pun! So, kiranya rasa tetap sama je! Selain nasi ayam viral ni, restoran ni ada juga jual ketam telur masin, udang Nestum, sotong keju, nasi goreng cemara dan mi bandung ketam nipah.
Paling penting, KEDAI DIBUKA SETIAP HARI~
Lokasi: 51, Lembah 18, Bandar Seri Alam
81750 Masai, Johor Bahru
Cawangan: Berdekatan Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam & Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) cawangan Johor.
Moga dimurahkan rezeki pengurus berniat baik macam ni… Murah gila wehhhh! Siapa yang jalan jalan dekat JB tu boleh lah pergi try!