Tidak menyiapkan kerja sekolah adalah satu kesalahan dan perkara biasa di alam persekolahan. Tetapi siapa sangka hanya disebabkan gagal menyiapkan kerja sekolah online dan tidak mahu ke sekolah, seorang remaja wanita dari Detroit, Michigan dikenakan hukuman penjara 6 bulan.
Hanya dikenali sebagai Grace, remaja berumur 15 tahun dari Sekolah Tinggi Groves ini sudah pun berdepan hukuman kerana kesalahan mencederakan dan mencuri dimana dia didakwa menggigit dan menarik rambut ibunya dengan sengaja selain kesalahan mencuri telefon bimbit
Menurut sumber, difahamkan kesalahan itu hakim daerah Oakland , Mary Ellan Brennnn memutuskan untuk menahannya sebagai tahanan juvana untuk tempoh percubaan selama tiga bulan sehingga April lalu dengan syarat yang ketat.
Syarat yang dimaksudkan adalah dia perlu menyiapkan segala tugasan kerja sekolah yang diberi selain diwajibkan hadir kesekolah, tetapi tidak sampai dua minggu menjalani hukuman dia sudahpun melanggar arahan dengan tidak menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan. Ei..degil ehh..
Lebih teruk lagi apabila dia dilaporkan mengingkari arahan kedua iaitu perlu hadir ke sekolah sepanjang menjalani hukuman.
Susulan dari itu, tempoh penahanannya ditambah lagi 3 bulan menjadikan keseluruhan hukumannya kini kepada enam bulan.
Ini menimbulkan protes dikalangan penduduk disana memandangkan hukuman tersebut dilihat keterlaluan memandangkan dia hanya gagal menyiapkan kerja sekolah.
Namun memetik Metro UK, hakim menjelaskan hukuman tersebut dilaksanakan memandangkan mereka merasakan gadis tersebut adalah satu ancaman kepada ibunya justeru mereka berkeputusan menyambung tempoh penahanan.
So kepada adik-adik diluar sana, siapkan lah kerja sekolah yang diberi. Tak pe kalau salah, kita kan belajar. Asalkan buat kerja.