in

“Betul,betul,betul tu dah tak cute, Tukar!” – Netizen Bengang Bila Wanita Ini Kritik Animasi Upin Ipin Tak Ikut ‘Taste’ Dia?

Feature Image Upin Ipin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni, boleh dikatakan animasi tempatan di tahap yang membanggakan. Bila sebut je animasi Upin & Ipin mesti ramai yang tahu kan mengenai dua orang kanak-kanak kembar seiras dengan tagline mereka ‘betul,betul,betul’.


Baru-baru ni, laman Twitter rasmi Les’ Copaque ada memuat naik tweet bertanya kepada netizen mengenai idea cerita bagi animasi Upin & Ipin yang paling gempak untuk tahun 2020.

P7918926 B V8 Ab
Gambar hiasan

Macam biasa lah, ramai netizen yang memberikan komen mengenai idea dan pendapat mereka seperti yang diajukan oleh Les’ Copaque.

Namun, ada satu tweet ini mendapat perhatian ramai netizen apabila wanita yang memuat naik tweet ini kelihatan seperti mengkritik animasi Upin & Ipin itu.

https://twitter.com/alyaaoreo/status/1207323003207311360?s=20

Dia berkata, penggunaan perkataan ‘Kau & Aku’ dalam animasi tersebut adalah tidak sesuai. Selain itu, watak yang ditonjolkan oleh Kak Rose juga agak tidak bersesuaian kerana menganggap watak itu selalu mengeluarkan perkataan kasar.

Baginya juga, tagline ‘betul, betul, betul’ yang digunakan oleh kembar itu sudah lagi tidak comel dan perlu menggunakan tagline lain.

“Tak kena dengan cita rasa, sampai suruh cancel show?”

Namun tindakannya yang mengkritik animasi tersebut menerima kecaman hebat oleh netizen, di mana rata-rata mereka beranggapan mengapa animasi itu perlu di ubah hanya disebabkan tidak bersesuaian dengan cita rasa dia?

Komen
Sumber: twitter

Tapi tweetnya itu telah dibalas oleh pengguna Twitter lain yang meluahkan rasa kecewanya apabila ada individu sanggup minta untuk animasi yang tercalon dalam anugerah Oscar itu dihentikan.

Menurut @dilladontdodat, dia merupakan salah seorang yang berlatarbelakangkan bidang animasi dan percaya bahawa hendak menghasilkan satu animasi itu bukannya satu benda yang mudah dan remeh.

Bagi admin, tak salah nak bagi pendapat, tapi kalau boleh berpada-pada lah. Tak semua orang setuju dengan pendapat kita. Kalau boleh, pendapat tu biar yang membina dan bukannya membinasakan.

 

Baca: “Tahniah! world class” – Filem Animasi Tempatan Upin & Ipin Tercalon Dalam Oscars 2020

Gsd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.