Sejak wabak Covid-19 yang bermula di Wuhan ini menjadi pandemik, sekolah dan perniagaan di Singapura masih berjalan seperti biasa tapi kerajaan di sana telah menjalankan kempen besar-besaran meminta rakyat mereka untuk berjaga-jaga dan menjaga jarak sosial.
Pun begitu, sejak sebulan lalu, kes di Singapura telah meningkat dari bawah 100 ke lebih dari 1,300 telah membuatkan Perdana Menteri Singapura mengumumkan lockdown bermula hari ini dan hanya membenarkan perniagaan keperluan asas saja yang terus berniaga sepanjang tempoh ini.
Oleh kerana pengumuman ini, Mothership melaporkan rakyat Singapura mula membanjiri pasaraya membuat pembelian panik mengosongkan barang-barang keperluan di sana.
Bukan tu je, seorang pengguna Twitter telah memuat naik gambar rakyat Singapura yang beratur panjang di luar Ikea pada Sabtu lepas sebab ingin buat pembelian perabot last minute dan makan meatballs Ikea sebelum lockdown dijalankan. Sanggup gadai nyawalah ni?
Dorang juga sempat beratur di mall untuk shopping last minute di kedai-kedai berjenama sebelum lockdown ni.
Their PM spoke in 3 languages wei.
Ini betul2 tak paham bahasa.
First world ke, third world ke, benak dia tetap sama ek? pic.twitter.com/FfLTtqyTiU
— Nazrudin Rahman (@NazrudinRahman) April 6, 2020
Seorang YouTuber terkenal di Singapura, Hirzi turut memuat naik gambar menunjukkan orang bersesak di Taman Rekreasi walaupun kerajaan dah sarankan dorang untuk duduk rumah dan hanya boleh bersenam di taman berdekatan sahaja.
“Tengok cara masuk Malaysia pun dah tahu otak dekat mana”
Adui dorang ni, macam tak boleh tunggu reda je nak makan meatballs.
Baca: “Baku betul bahasa dia” – Netizen Terpegun Tengok Ucapan PM Singapura Dalam Bahasa Melayu