in

“Berhenti dekat pam minyak pun tak selamat” -Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Kereta Cuba Dimasuki Lelaki Asing

Feature Image Minyak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kalau kita berhenti di hentian atau stesen minyak, kita dinasihatkan untuk segera kunci kenderaan apabila keluar dari kenderaan tersebut. Ini untuk keselamatan kita juga.


Terbaru, tular di laman Facebook mengenai perkongsian seorang wanita yang secara tiba-tiba di ada seorang lelaki asing yang datang ke keretanya dan cuba untuk masuk ke dalam.

Menurut World Of Buzz, wanita itu bersama keluarganya berhenti di sebuah stesen minyak di Muar, Johor bagi menggunakan tandas.

Namun, setelah suaminya keluar dari kereta tersebut secara tiba-tiba ada seorang lelaki asing datang menghampiri kereta mereka dan cuba untuk masuk kedalam.

“Saya nampak seorang lelaki yang berkelakuan aneh berjalan ke arah pemandu kereta kami.”

“Saya terus ke pintu sebelah pemandu untuk mengunci kereta.”

“Selepas mengunci kereta, lelaki itu terus cuba membuka pintu kereta kami! “

 

Ewwww
Sumber: world of buzz

Bimbang dengan keselamatan anaknya, wanita ini segera mengubungi suaminya yang pada ketika itu sedang berada dalam tandas sambil melambai-lambai tangan bagi menarik perhatian orang ramai yang berada di kawasan sekitar.

“Saya menurunkan sedikit tingkap dan memberitahu bahawa saya tidak kenal lelaki itu.”

“Dia cuba secara paksa untuk membuka kereta saya” katanya.

Apabila suaminya kembali ke kereta, lelaki berkenaan masih berada di situ dan setelah di tanya tujuannya hendak masuk kedalam kereta, dia hanya berseloroh menjawab hanya ingin menghidupkan enjin kereta.

“Saya cuma nak hidupkan enjin kereta encik je”

Tambahnya, mujur suami dia segera datang ke kereta, kalau tidak dia sendiri tidak tahu apa akan terjadi. Dia juga sempat memberi pesanan kepada orang ramai suami sentiasa mengunci kenderaan setiap kali berhenti di kawasan pam minyak atau di hentian.

Apa pun, kalau nak ke mana-mana tu, cepat-cepat lah lock pintu kereta ye. Penyamun sekarang ni, pantang kalau nampak peluang!

 

Baca:“Kalau bapa mati nanti saya xda siapa2 lg dah” – Kisah Sedih Anak Beranak Mualaf ‘Gelandangan’ Ditikam Penyamun Myanmar

Gelandangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.