in

“Bergaduh guna parang” – Pemandu Lori Mati Ditetak Dua Lelaki Lepas Tunjukkan Kemaluan Pada Adik Perempuan

Tunjuk Peleyyy

Seorang pemandu lori maut ditetak selepas bergaduh dengan beberapa orang lelaki di perkarangan sebuah rumah dekat Taman Pengkalan Indah, Alor Gajah, malam tadi.

 

‘Rem’ motor depan rumah, bunyi bising

Menurut laporan, lelaki yang berusia 25 tahun itu pada mulanya telah datang ke rumah seorang penduduk di taman tersebut bersama dengan seorang rakannya. Mereka kemudian memulas ‘handle’ motosikal menyebabkan bunyi bising.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, mereka kemudian beredar namun datang semula selepas beberapa minit dan membuat bising semula tetapi kali ini dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

“Wanita yang menghuni rumah berkenaan menghubungi dua abangnya dan selepas tiba, mereka menutup pintu pagar rumah. Bagaimanapun, mangsa dan rakannya datang semula dan bertengkar dengan kedua-dua abang wanita terbabit sebelum melemparkan topi keledar dan parang ke halaman rumah itu.”

 

Bergaduh, tiba-tiba tunjuk kemaluan

Disebabkan itu, berlaku pertengkaran antara mereka dengan dua abang wanita terbabit dan ianya berlarutan hingga pemandu lori terbabit dikatakan menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu.

Pertengkaran tersebut bertukar menjadi pergaduhan menggunakan parang dan lelaki tersebut bersama rakannya telah dikejar sejauh 80 meter.

“Seorang daripada abang wanita terbabit dipercayai menetak badan mangsa dengan parang manakala rakan mangsa berjaya melarikan diri.”

Parang

“Dalam keadaan berlumuran darah, mangsa sempat melarikan diri ke pekarangan rumah seorang penduduk dan seorang lelaki penghuni rumah berkenaan yang mengenali mangsa segera menunggang motosikal ke rumah mangsa untuk memberitahu isteri mangsa mengenai kejadian itu.”

Isteri mangsa kemudian terus memandu kereta ke rumah lelaki itu dan membawanya ke Hospital Alor Gajah namun suaminya disahkan telah meninggal dunia.

Berikutan kes itu, pihak polis telah menahan sembilan lelaki berusia 20-an hingga 50-an di sekitar bandar Alor Gajah untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca: “Harga 1 penampar,” -Bergaduh Sebab Paip Air, Lelaki Didenda RM1,800 Sebab Tampar Jiran

Untitled Design 3