in

Berebut Tiup Lilin, Dua Beradik Ini Diberi Peluang Tiup 500 Lilin Hari Jadi

Ft Lilin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat beberapa hari lepas ada satu video viral diantara pasangan adik kakak yang berebut untuk meniup lilin hari jadi adiknya.


Tanpa disangka-sangka video Maria Eduarda,3, dan kakaknya Maria Antonia yang berusia 6 tahun tersebut mula tular selepas kebanyakkan netizen ‘tertarik’ dengan reaksi kakaknya.

Geram je dengan muka dia yang nak perhatian tu!

 

Hajat tercapai

Tapi ternyata kenakalan si kakak membawa tuah kepada mereka berdua apabila mereka dijemput ke satu rancangan televisyen tempatan sebagai tetamu pada hari itu.

Apa yang menarik dalam rancangan tersebut mereka diberi peluang meniup 500 batang lilin hari jadi, memandangkan ia merupakan pencetus kepada pergaduhan mereka itu. 

Ha tiup la puas-puas, kalau berebut juga tak tahu la nak cakap apa…

 

 

Menerusi klip video tersebut, kedua-dua beradik yang berasal daripada Brazil ini  dilihat gembira berada bersama satu sama lain, dah tak gaduh dah…

Tapi macam biasalah yang paling semangat dapat tiup lilin tu mestilah si kakak juga.

Biasalah adat adik beradik, tapi bergaduh macam mana pun, air yang dicincang tak kan putus kan…

 

Baca : Viral Video Kakak Senyum Sinis Lepas Tiup Birthday Cake Adik, Ini Kisah Dua Adik Beradik Yang Tiba-Tiba Viral di Media Sosial!

Capture 9 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.