Lama benar kan kita tak dengar cerita tentang pelakon kacak lagi bertubuh sado, Zul Ariffin yang dulu pernah sensasi dengan drama Rindu Awak 200%.
Tup-tup hari ini, kecoh diperkatakan bahawa Zul Ariffin telah membuat pengakuan yang dia akan mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan! Menurut Media Hiburan, Zul Ariffin bakal bernikah dengan seorang gadis non muslim!
“Umur saya semakin meningkat dan saya semakin matang… mahu sesuatu hubungan itu halal dan terus berkahwin”
Zul Ariffin yang pernah digosipkan dengan pelbagai aktres termasuklah seorang gadis Ukraine tak lama dulu berpendapat dia kini lebih selesa memilih bercinta lepas bernikah.
“Saya tak menyesal, tiada apa yang mahu disesalkan. Saya gembira.
“Pengalaman yang lalu membentuk saya. Saya hanya mahu berkahwin sahaja. Saya mahu jadi terbaik, mahu berkawin, harapnya tahun hadapan,” kata Zul.
Tambahnya lagi, persiapan perkahwinan pula sudah dilakukan hampir 70 peratus. Jika ada berita baik, dia akan kongsikan kepada peminat semua.
Zul masih berteka teki, enggan dedah siapa calon isteri
Admin yakin, korang sekarang mesti tak sabar-sabar kan nak tahu siapakah wanita bertuah yang bakal menjadi suri hati Abang Zul kita kan? Well nampaknya korang kenalah bersabar sebab Zul masih lagi mahu berahsia akan identiti bakal isterinya.
Zul hanya memberi ‘hint’ bahawa gadis tersebut merupakan seorang wanita bukan muslim dan sedang dalam proses mempelajari agama Islam.
“Saya tak nak menukar agama seseorang itu hanya kerana ingin bersama semata-mata atau hanya disebabkan perkahwinan, itu adalah perkara yang tidak baik.
“Biarlah dia mengambil masa untuk mengenali agama Islam,” kata Zul.
Apa-apapun admin doakan semoga urusan Zul dan bakal isteri dipermudahkan. Tak sabar nak tengok Zul dalam filem Sangkar!
Baca: “My Husband” – Foto ‘Mesra’ Dengan Gadis Ukraine Tersebar, Betul Ke Zul Ariffin Dah Berkahwin?