Bercinta Dengan Beberapa Suami Orang Sebagai Bahan Responden Untuk Research Study?

Tambah ke Sumber Pilihan
Bercinta Dengan Beberapa Suami Orang Sebagai Bahan Responden Untuk Research Study?

Sumber: Gambar Hiasan

Pelajar universiti pastinya sudah biasa dengan kerja-kerja yang memerlukan sesebuah kajian dilakukan. Lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar tahun akhir yang wajib lulus projek tersebut sebagai syarat untuk bergraduasi.

Semasa pemilihan topik projek tahun akhir ataupun sesebuah kajian, pelajar perlu membuat pemilihan yang tepat agar proses kajian dapat dijalankan dengan mudah. Selain itu, pemilihan topik dan tajuk kajian yang kreatif juga amat penting untuk memastikan hasil kajian itu nanti dapat memberikan input yang baru.


Oleh hal yang demikian, melalui posting di laman sesawang Facebook Viral Muafakat Johor, seorang pelajar jurusan syariah telah berkongsi secara anonymous tentang kajiannya yang sangat berkait rapat dengan isu masa kini.

Kajian yang dijalankan telah menggunakan beberapa suami orang sebagai responden di mana pengkaji perlu bercinta dengan suami orang tersebut selama seminggu dan keluar bersama sebanyak dua kali.

Hasil daripada kajian tersebut, 80% daripada respondennya telah jatuh cinta dengannya dan ada yang mengajaknya untuk berkahwin walaupun baru seminggu berkenalan. Pelajar tersebut juga telah menyimpulkan lima punca kecurangan responden (suami):

  • Isteri terlalu sibuk dengan media sosial sehingga lupakan suami.
  • Isteri sudah tidak kelihatan cantik dan tidak terurus.
  • Isteri tidak mahu melayan nafsu batin suami.
  • Isteri sudah tidak hormat pada suami, bercakap dirumah pun “aku kau”.
  • Perempuan di luar yang lebih menggoda.

Melalui hasil kajian, sebenarnya kerjasama daripada kedua-dua pihak suami dan isteri dalam memastikan rumah tangga dalam harmoni adalah penting supaya isu seperti pasangan curang ini dapat dielakkan.

Baca:[VIDEO] Kantoi Curang Dengan Isteri Dekat Pusat Vaksin, Suami Skandal Dibaling Kerusi

Baca Research

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izatul Azman
Lagi tulisan Izatul
Bonjour, nama penuh saya ialah Nur Izatul Najwa binti Azman tetapi lebih dikenali sebagai Wawa, berumur 23 tahun. Saya berasal dari Johor dan merupakan pelajar tahun akhir Bacelor Bahasa Asing (Perancis) di Universiti Putra Malaysia. Saya seorang yang sukakan cabaran dan suka mencuba benda baru.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Bercinta Dengan Beberapa Suami Orang Sebagai Bahan Responden Untuk Research Study?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bercinta-dengan-beberapa-suami-orang-sebagai-bahan-responden-untuk-research-study-2/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM