in

“Berat dugaan dia” – Sebak! Ali Puteh Diuji Dengan Kehilangan Abang, Lepas 3 Bulan Anak Mengadap Illahi

Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru tiga bulan lepas Ali Puteh kehilangan anak perempuannya, Sharifah Ainul Nur Madiah yang mengalami masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang, semalam dia dikejutkan pula dengan pemergian abangnya secara tiba-tiba.


Ketika ditemuramah di luar perkarangan masjid selepas solat jenazah Allayarham Abam dijalankan, Ali yang tak dapat menahan sebak ini mengatakan yang dia telah diuji sekali lagi dengan pemergian abangnya ini.

Hari ini saya diuji, abang saya pula pergi mengadap Illahi. Saya tak mampu sebenarnya nak tahan benda ni tapi saya percaya ini qada’ dan qadar tuhan.”

Ali turut mengatakan, selama dia di dalam industri, Abam sering beri tunjuk ajar kepadanya dan kini dia perlu berjalan sendiri.

Tak ada orang yang boleh ganti dia dalam hidup saya”

Dalam Instagram peribadinya, Ali turut kongsikan saat dia mengalahkan abangnya bila dia dapat bergelar juara Maharaja Lawak Mega 2019 tak berapa lama dahulu.

https://www.instagram.com/p/B8aVjdIFJJy/

Mengimbau saat dia dapat tahu tentang pemergian Abam, Ali menceritakan dia telah datang ke rumah abangnya sejurus selepas menerima panggilan dari isteri arwah yang mengatakan abangnya pengsan, lapor Awani.

Saya goncang kepala dia dan cakap Abam bangun, ini Angah dengan mak datang, kau kenapa macam ni?”

Namun dia sedar abangnya telah pergi untuk selama-lamanya selepas tak ada reaksi dari abangnya itu.

Malam sebelum itu, Ali memberitahu yang Abam telah menelefonnya untuk bertanya tentang keadaan ibunya disamping memberitahu tentang keadaan dirinya yang kurang sihat.

Saya ingat macam biasa je, rupanya dia nak pergi meninggalkan kita. Saya terkilan tak dapat nak berbual lama dengan dia.”

Allayarham Abam Bocey telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Gombak dan jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Zakaria, Gombak Utara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sg Pusu.

Allah, berat dugaan Ali ni. Moga dia terus kuat dan roh Abam ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnn

 

Baca: “Kalau aku mati tlg kebumikan aku tau” – Pesanan Abam Buat Achey Undang Sebak

Abam2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.