in

“Berasap sebelum tertanggal” – Tayar Belakang Boeing 747 Tercabut Masa ‘Takeoff’, Nasib Bukan Pesawat Penumpang

Tayar Cabut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara perkara yang paling menakutkan bagi penumpang apa-apa sahaja jenis kenderaan adalah apabila ada masalah teknikal berlaku. Time ni la kalau siapa yang darah gemuruh tu akan auto kejung pastu otak blank tak tahu nak buat apa.

Ea56A506 8A3F 4C75 Ae5F Bf50Bbce023D E1665805702968

Bercakap pasal masalah teknikal kenderaan, min nak kongsikan satu video detik cemas sebuah kapal terbang dimana salah satu daripada tayar belakangnya berasap sebelum tercabut semasa takeoff.


Sumber melaporkan pesawat jenis Boeing 747-400 Dreamlifter tersebut baru sahaja berlepas daripada sebuah lapangan terbang di bandar Taranto, Itali, sebelum salah satu tayar belakangnya mengeluarkan kepulan asap hitam.

Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:

https://twitter.com/BoardingPassRO/status/1579858165407305728

Berjaya mendarat dengan selamat

99Fd33Bc Efba 4F56 8A42 1D58F3A985Fc E1665805743705

Menerusi video pendek terbabit, tayar belakang berkenaan kemudiannya tercabut sebelum melantun ke atas tanah.

Laporan lanjut mendedahkan, pesawat terbabit bukanlah pesawat membawa penumpang tetapi membawa kargo dan telah selamat mendarat di destinasinya, Carolina Utara, Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, sumber melaporkan, tayar pesawat terbabit juga telah berjaya ditemui tidak jauh daripada lokasi ia jatuh.

Sumber: Twitter @Flightradar24

Baca: Teori Baru MH370: Pakar Dakwa Pilot BUNUH Semua Penumpang Dengan Sekat Sumber Oksigen & Junamkan Pesawat Dalam Laut?

Trgedi Mh370 E1665804965298

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.