Seorang penduduk di England bertindak diluar jangkaan dengan membina kamera pemantauan had laju selepas bengang dengan kenderaan yang melalui kawasan rumahnya dengan laju.
Binaan seolah-olah kamera pemantauan hadlaju itu diletakkan di Broadwindsor, Dorset, England dengan niat untuk memperlahankan kenderaan yang lalu lalang dikawasan itu.
‘Kamera’ itu dibuat hanya mengunakan kotak dan diwarnakan dengan cat kuning nampak seolah-olah kamera pemantauan had laju yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Edward Lawrence yang kebetulan bersiar-siar di kawasan rumah itu ternampak binaan itu dan mengambil gambar ‘kamera’ tersebut.
Berkata kepada Mirror UK, Lawrence merasakan binaan itu sangat menakjubkan. Pada mulanya Lawrence tidak menyangkakan langsung binaan itu adalah kamera pemantauan had laju dan beliau lebih yakin ianya adalah rumah burung atau bird box.
Walaubagaimanapun, pihak berkuasa tempatan masih belum dapat mengenal pasti siapa yang membina dan menaikkan ‘kamera’ tersebut di situ.