Beli Bubur Kacang Hijau Tapi Dah Jadi Tauge, Ramai Bersimpati Dengan Nasib Pemuda Ini

Tambah ke Sumber Pilihan
Beli Bubur Kacang Hijau Tapi Dah Jadi Tauge, Ramai Bersimpati Dengan Nasib Pemuda Ini

Bubur kacang hijau sememangnya sering menjadi menu pencuci mulut pilihan ramai terutamanya ketika majlis kenduri kahwin. Jadi, kadang-kadang tu rasa craving jugak nak makan bubur kacang hijau.

Untuk yang tak pandai masak sendiri bubur berkenaan, kenalah beli di kedai kan. Namun, nasib seorang lelaki yang membeli bubur kacang hijau ini telah meraih perhatian dan simpati netizen.


9Sumber: Twitter @javafoodie_

Menurut pemuda dari Indonesia itu, dia telah membeli bubur kacang hijau namun nasib tidak menyebelahinya apabila kacang hijau yang ada dalam bubur tersebut telah bertukar menjadi tauge!

Lelaki berkenaan telah berkongsikan video bubur kacang hijau itu menerusi Twitter.

Dapat dilihat dalam video yang dikongsikan oleh lelaki itu bahawa bubur kacang hijau itu turut bercampur dengan tauge.

Rata-rata warganet negara itu juga terhibur dengan nasib lelaki itu.

Walau bagaimanapun, ada juga netizen lain yang berpendapat video bubur kacang hijau bertukar menjadi tauge itu hanyalah konten semata-mata kerana mereka mengatakan tauge yang ada dalam bubur itu masih keras dan nampak segar, sedangkan jika kacang hijau yang bertukar menjadi tauge itu betul-betul dimasak, sudah tentulah ia akan menjadi lembik dan bertukar warna.

https://twitter.com/BoringFactory/status/1610401643060948992

Ada juga yang berpendapat mungkin lelaki itu sendiri yang menambahkan tauge segar ke dalam bubur kacang itu demi sebuah content.

Namun, ada juga warganet lain yang mengatakan bahawa video itu tetap lucu meskipun berkemungkinan besar ia hanyalah sebuah content yang direka.

7Sumber: Twitter

8Sumber: Twitter

Walaupun hanya content semata-mata, tapi memang pandai dia buat lawak sebab ramai jugak yang terhibur kan. 

Sumber: Twitter @javafoodie_

Baca: “Berusia betul kacang tu”- Jumpa Kacang Hijau Berumur Cecah 20 Tahun Masa Isteri Bersihkan Peti Ais

6 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Afiqah
Lagi tulisan Afiqah

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Beli Bubur Kacang Hijau Tapi Dah Jadi Tauge, Ramai Bersimpati Dengan Nasib Pemuda Ini
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/beli-bubur-kacang-hijau-tapi-dah-jadi-tauge-ramai-bersimpati-dengan-nasib-pemuda-ini/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM