in

Bekas MP Kuala Krau Mengaku Bertanggungjawab Susulan Tular Gambar Beras & Stok Makanan Dibakar

Brs 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tular beberapa gambar serta video yang memaparkan sejumlah beras serta stok makanan lain seperti tepung serta sardin tin di tapak pembuangan sampah dan dibakar.

Terbaru, bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya susulan isu yang tular itu.


Artikel berkaitan: “Laju buat kerja” – Tular Video Beras & Stok Makanan Dibuang Begitu Saja, Pagi Ini Tengok Semua Dah ‘Clear’?

Artikel berkaitan: Jangan Letak Dalam Beras Lagi Dah! Ini Cara Yang Betul Untuk Keringkan iPhone Basah

“Saya ambil maklum dan terima kasih atas keprihatinan serta sensitiviti rakyat Malaysia terhadap isu yang tular berkaitan pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Temerloh Pahang,” katanya.

Dalam laporan Berita Harian, Datuk Seri Dr Ismail memberitahu beras dan barangan dapur berkenaan stok simpanan yang disediakan untuk orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

Glf5Efpaoaaewq3

Difahamkan, barangan itu dibelinya menggunakan peruntukan peribadi, ketika tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun 2022 dan dalam tempoh berkempen tiada sebarang pemberian barangan kepada orang awam dibenarkan.

“Barang tercemar, berbau” 

Menurutnya, pada tarikh 5 April 2024 lalu, pihaknya telah menerima aduan daripada jiran yang menyatakan terdapat bau busuk di tempat stor simpanan barangan dapur tersebut.

Selepas disiasat, pihaknya mendapati terdapat beberapa ekor bangkai tikus dan beras serta barangan dapur ini telah dicemari bubuk dan kutu beras.

Selain itu, dia memberitahu sebahagian daripada beras ini telah pun diserahkan kepada penternak ayam dan itik di kawasan sekitar dan sebahagian lagi telah dilupuskan.

Barangan lain seperti tepung, sardin, mi juga tidak lagi sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai kerana tercemar.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.