Kita dah selalu dengar kan orang kata kalau telefon bimbit jatuh dalam air atau basah, kena cepat-cepat letakkan telefon tu dalam beras supaya ia dapat dikeringkan.
Namun, jika telefon yang anda gunakan ialah iPhone, tahukah anda bahawa letak dalam beras bukanlah yang betul untuk keringkan telefon yang basah?
Menurut laman web Apple Support, jika iPhone anda basah, anda tidak boleh meletakkan di dalam beras untuk mengeringkannya kerana dikhuatiri jika partikel-partikel kecil beras akan merosakkan komponen-komponen iPhone anda.
Ikuti cara-cara berikut untuk mengeringkan iPhone dengan betul:
- Ketuk iPhone dengan lembut menggunakan tangan dengan bahagian sambungan port pengecasnya menghadap ke bawah agar air yang ada di dalamnya akan menitis keluar. Tinggalkan iPhone anda di kawasan yang kering yang mempunyai sedikit aliran udara.
- Selepas sekurang-kurangnya 30 minit, anda boleh cuba cas iPhone dengan kabel USB-C atau Lightning. Anda juga boleh cuba sambungkannya dengan aksesori seperti fon telinga (EarPods with Lightning Connector).
- Jika peringatan di skrin yang tertulis Charging Not Available masih tetap muncul, itu bermakna masih ada sisa cecair dalam port sambungan itu.
- Jika ini masih berlaku, tinggalkan iPhone di kawasan kering yang mempunyai sedikit aliran udara selama sehari kerana ia mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk kering sepenuhnya.
- Jika telefon telah kering tapi masih tidak boleh dicas, cabut kabel pengecas dari adapter dan cabut adapter dari plug dan kemudian sambungkannya semula.
Memang kena trial and error je kan..
Artikel Berkaitan: Bukan Diculik, Lelaki Tular Didakwa ‘Hilang’ Lepas COD iPhone Rupanya…
Artikel Berkaitan: Pegawai Kerajaan Pam Keluar 2 Juta Liter Air Empangan Gara-gara Nak Ambil Telefon
Selain tidak boleh diletakkan dalam beras, anda juga tidak boleh mengeringkan iPhone menggunakan sumber haba luar atau udara termampat (compressed air).
Pemilik iPhone juga tidak disarankan untuk memasukkan objek asing seperti tisu atau putik kapas ke dalam connector pengecas.
Nak lagi mudah, lepas ni kena beli wireless charger la kan, baru senang sikit.
Sumber: Apple Support, The Guardian