in

“Bazir byr bil RM1,600” – Bawa Anjing Pergi ‘Check’ Sebab Jalan Tak Betul, Rupanya ‘Menganjing’ Tuan Tempang!

Ft Menganjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Haiwan peliharaan memang ada bermacam-macam kerenah. Tapi, lain sikit bagi haiwan peliharaan seorang lelaki dari UK ni sebab anjing kesayangannya buat dia kerugian lebih RM1,000.


Russell Jones terpaksa menggunakan tongkat selepas dia terlibat dalam kemalangan yang membuatkan patah pergelangan kaki. Dia terpaksa bergantung kepada tongkat untuk ke mana-mana dan pada satu hari ketika sedang berjalan di luar bersama anjingnya, Russell ternampak sesuatu yang tidak kena.

Dog8

Menurut Oddity Central, Russell lihat anjingnya bernama Billy itu jalan terhenjut-henjut seperti patah kaki. Risau dengan keadaan haiwan kesayangannya, Russell dan isteri, Michelle terus membawanya untuk jumpa doktor haiwan.

Ketika itulah, mereka mendapat tahu bahawa Billy tidak apa-apa, tapi hanya ‘menganjing’ atau mengikut semula apa yang dilakukan Russell (jalan henjut menggunakan tongkat).

Mereka tertipu dengan Billy dan terpaksa membayar bil klinik sebanyak £300 (RM1,661.49) untuk caj pemeriksaan dan X-ray. Kata Russell, sebelum ini Michelle juga pernah ternampak Billy jalan terhenjut-henjut seperti meniru perlakuannya yang jalan menggunakan tongkat itu.

Sehari selepas saya kemalangan, ketika saya sedang berjalan di dalam rumah, Michelle ternampak dia (Billy) seperti sedang meniru saya. Perbuatan itu menimbulkan kerisauan dan membuatkan kami rasa ada sesuatu yang tidak kena. Jadi kami terus hubungi klinik haiwan.”

Dog7

Dog9

Ternyata memang betul Billy hanya meniru kerana kata Russell, ketika dia tiada di rumah, isterinya beritahu yang anjing mereka jalan seperti biasa. Malah siap berlari-lari di halaman rumah dan berenang dalam tasik! Video Russell dan Billy jalan terhenjut-henjut itu menjadi viral di media sosial hingga mendapat perhatian media serta rancangan TV.

Baca: “Mentang-mentang lah ada 9 nyawa”- Netizen Lega Kucing Selamat Lepas Tersepit Pintu

3Kucing

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.