in

“Bawak molek heli tu, loni musim angin ribut” – Komen Bapa Mangsa Helikopter Terhempas Sehari Sebelum Kejadian Undang Sebak

Feat1 2

Perkongsian mangsa nahas helikopter terhempas di Taman Melawati semalam mengundang sebak dan membuatkan ramai netizen tersentuh, lapor Harian Metro.

Melalui Facebook, arwah Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi telah memuat naik video menunjukkan sebuah helikopter dan ia merupakan status terakhirnya sebelum disahkan meninggal dunia dalam nahas itu.

Irfan1

Bapa arwah sempat berpesan di ruangan komen status tersebut dan telah menarik perhatian ramai yang turut berduka cita dengan kemalangan menimpa.

Menggunakan nama Mohamed Rawi Che Muda di Facebook, dia sempat menitip pesan agar anaknya berhati-hati membawa helikopter memandangkan keadaan cuaca sekarang tidak menentu.

Bawak molek heli tu. Loni (sekarang) musim angin ribut.”

Irfan2

Irfan3 Irfan4

Komen bapanya dibalas Mohd Irfan dengan ‘Insya-Allah’. Bukan sekadar komen, tetapi satu gambar dihantar oleh arwah Mohd Irfan di grup Facebook Malaysiaku Dulu Dulu Official juga menunjukkan arwah meminta agar gambar klasik hitam putih untuk disunting.

Selepas berita kejadian helikopter terhempas yangf meragut nyawa Mohd Irfan, posting tersebut dibanjiri dengan ucapan takziah dan terdahulu, ada individu yang menunaikan permintaan arwah agar gambar itu diletakkan warna.

Irfan5

Irfan6

Semalam, dua buah helikopter jenis G2CA yang sedang membuat ujian penerbangan dari Subang menuju Genting Sempah bertembung sebelum salah satu daripanya terhempas berhampiran Taman Melawati, Ampang.

Kejadian itu telah menyebabkan Mohd Irfan dan jurulatih penerbangan, Mohd Sabri Baharom meninggal dunia manakala dua penumpang dari helikopter satu lagi itu selamat selepas membuat pendaratan kecemasan.

Dua mangsa terselamat adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS), Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Elan.

Heli1

Heli3

Baca: Helikopter Terhempas Di Taman Melawati, 2 Maut Di Tempat Kejadian

Cats 16

Sumber: mStar
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Blog