in

Hati-hati! Empat Pokok Hiasan Yang Viral Ini Rupanya Beracun

Featured 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Caladium bicolor, Dieffenbachia spp, Zamiaculcas zamiifolia dan Anthurium spp ini merupakan empat jenis pokok hiasan yang sememangnya popular dan menjadi kegilaan penggemar-penggemar bunga hiasan di luar sana.


 

Cantik tapi beracun!

Namun untuk pengetahuan korang, kesemua jenis pokok hiasan ini dikesan beracun dan boleh berikan kesan sampingan kepada manusia.

Tanaman berkenaan didapati bertoksik (beracun) pada keseluruhan bahagian kerana memiliki cecair (sap) yang mengandungi bahan kimia serta boleh memudaratkan jika tergigit atau termakan terutama daunnya.”– Mohd Adli Salihin Samsudin/Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian

Bagaimanapun Adli meminta orang ramai untuk tidak panik kerana secara semulajadi sememangnya setiap tanaman mempunyai bahan kimia tersendiri, lapor Harian Metro.

 

Kulit boleh melecur, muntah

Katanya empat jenis pokok hiasan seperti Caladium bicolor, Dieffenbachia spp, Zamiaculcas zamiifolia dan Anthurium spp kerap dijadikan pokok hiasan dalaman kerana karektar tumbuhan ini yang unik, berwarna menarik selain vibran.

Bagaimanapun Adli berkata…

Caladium bicolor, Dieffenbachia spp dan Anthurium spp jika tergigit atau termakan daunnya boleh menyebabkan bibir bengkak, manakala bagi yang alahan boleh sebabkan kulit gatal atau melecur.

Satu

Zamiaculcas zamiifolia pula, kesan sampingannya berbeza jika tersentuh boleh menyebabkan mata pedih dan berair. Jika tergigit atau termakan boleh sakit perut dan muntah,”

Zamioculcas Zamiifolia Zz Plant1

Namun ia tidak jadi masalah selagi individu berhati-hati ketika menguruskan atau menjaga tumbuhan tersebut.

Sumber : Harian Metro, Pesona Pengantin

 

Baca : Spesis rupa pelik dan unik- Bulan Lepas Obor-Obor Biru Beracun, Kali Ini Penduduk Temui Obor-obor Merah Di Pantai Labuan

Baca 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.