Hidup di zaman digital ni, kadang-kadang kalau kita tak tayang segala perihal kehidupan kita pun tetap akan menghadapi risiko ancaman daripada orang-orang diluar sana.
Misalnya macam gadis Suafeahani, hanya sekadar tweet ringkas sahaja, dia terima ‘ancaman’ daripada orang tua miang. Nampak macam perkara remeh tapi ia sebenarnya risiko dia tinggi tau, ada kemungkinan diri kita sedang diancam oleh seseorang.
“I suka dengan you, I nak capai impian you”
Mula-mula gadis ini hanya sekadar curahkan pendapat sahaja, dia cuma bagi luahan tentang perkara yang berkaitan kewangan.
Tapi tanpa diduga ada individu tidak dikenali tiba-tiba ajak dia couple dan sudi untuk salurkan wang kepadanya. Eh! Ingat semua perempuan macam tu ke? Siap suruh contact lagi.
“BAPAK SIAPA NI? CLAIM CEPAT SIKIT PLEASE, REPORT KAT MAK. Aku tak marah cuma aku nak anak pakcik ni bertindak cepat. Saiko dia dah parah..”
Tapi entah lah, ada kemungkinan ini scam je, ada kemungkinan betul juga sebab bukan netizen sahaja, admin pun rasa macam individu tersebut pakai akaun palsu.
Malah , netizen turut mengecam dan berpakat untuk ‘kenakan’ individu tersebut.
Macam binatang – Netizen
Tak kisahlah akaun itu legit atau tidak, gurauan atau serius, ia tetap satu gangguan dan ancaman buat seseorang kan?
Baca: Bakal Bapa Mertua Rupanya Sugar Daddy Ku….