in

Bapa Tunggal Tak Kekok Gayakan Tudung, Ramai Puji ‘Effort’ Layan Kerenah Anak

Page Makeup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh Faris Mohamed di akaun TikToknya @farismohamed_91, menunjukkan dirinya sangat lincah menyiapkan anak perempuannya dengan memakaikan tudung dan menyolek wajah anaknya.


Faris yang merupakan seorang bapa tunggal memberitahu, bahawa dirinya bukanlah seorang fashionista mahupun mahir bab solekan, tetapi dia sanggup mempelajari ilmu itu demi anak perempuannya, Rania Fariya yang baru berusia 4 tahun.

Menurut mstar, Faris berkata bahawa ilmu itu tidaklah datang bergolek, malah dia sanggup untuk terus berlatih sehingga dapat menjadikan anak perempuannya bertambah cantik dengan tudung yang digayakan.

“Dulu selalu tak jadi pakaikan tudung Rania. Tapi saya berlatih sampai boleh” – Faris

Faris yang berusia 30 tahun turut memberitahu bahawa dia tidak menyangka perkongsian videonya bersama Rania meraih ribuan tontonan sekaligus mendapat komen yang positif dari netizen. Tujuan dirinya berkongsi video-video tersebut hanyalah untuk menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh seorang bapa tunggal ketika berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

1323977

“Bila baca komen-komen itu, saya bertambah terharu” – Faris

Komen Makeup

Selepas video itu tular di TikTok, Faris berharap agar aktiviti yang dilakukan olehnya dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa walaupun sudah berpisah dengan pasangan masing-masing. Tambahnya lagi, dia juga berharap supaya ibu bapa tidak lepas tangan dengan tanggungjawab mereka apabila berkait dengan anak.

Anak dah la cantik, bapa pula rajin melayan.. Min harap kekal sampai dewasa tau relationship sweet anak dengan bapa ni!

Baca: Tak Guna Kad Jemputan Biasa, Viral Jemput Tetamu Ke Majlis Kahwin Dengan Kopi Sachet

F1 Kopi Scahet Kahwin

Sumber: mstar
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.