Banyak Pokok Tumbang, Ombak Tinggi, Ribut Senyar ‘Serang’ Port Dickson

Tambah ke Sumber Pilihan
Banyak Pokok Tumbang, Ombak Tinggi, Ribut Senyar ‘Serang’ Port Dickson

Beberapa rakaman video yang mula tular di media sosial sejak malam tadi memaparkan keadaan laut di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan yang kelihatan bergelora dengan begitu dahsyat susulan hujan lebat berterusan.

Dalam rakaman berdurasi 20 saat itu, kelihatan deretan ombak besar menghentam kuat kawasan pantai sambil disertai tiupan angin kencang, seolah-olah Ribut Tropika Senyar sedang ‘mengamuk’ di kawasan berkenaan.


Artikel berkaitan: Gantian Dokumen Pengenalan Diri Percuma untuk Mangsa Banjir oleh JPN

Artikel berkaitan: Pertama Kali Dalam 2 Dekad, Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Ribut Tropika Senyar

Hentaman ombak tersebut bukan sahaja menyebabkan air laut melimpah ke pesisir, malah turut mencetuskan suasana panik dalam kalangan penduduk sekitar.

Beberapa penduduk tempatan turut berkongsi keadaan rumah masing-masing yang mengalami kerosakan akibat ribut kuat yang melanda pada lewat malam, termasuk bumbung tercabut, halaman dinaiki air serta perabot rosak.

Situasi cuaca ekstrem itu sekali lagi menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan kawasan pesisir Port Dickson, terutama apabila fenomena cuaca tidak menentu semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Ribut Tropika Senyar dikesan berada pada kedudukan Latitud 3.6 darjah Utara dan Longitud 100.4 darjah Timur, iaitu sekitar 94 kilometer dari timur laut Tanjung Balai, Indonesia.

Ribut itu dijangka bergerak ke arah timur dengan kelajuan sekitar 9 km/j serta berpotensi menghasilkan kelajuan angin maksimum sehingga 46 km/j.

Menurut MetMalaysia, keadaan tersebut mampu menyumbang kepada hujan lebat berterusan, tiupan angin kencang dan keadaan laut yang bergelora di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia sejak malam tadi.

Sumber: Kosmo, TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Banyak Pokok Tumbang, Ombak Tinggi, Ribut Senyar ‘Serang’ Port Dickson
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/banyak-pokok-tumbang-ombak-tinggi-ribut-senyar-serang-port-dickson/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM