“Banyak lagi jual murah” – Ibu Mengeluh Barang Anak Sekolah Naik, Rupanya Sendiri Beli Jenama Mahal

Tambah ke Sumber Pilihan
“Banyak lagi jual murah” – Ibu Mengeluh Barang Anak Sekolah Naik, Rupanya Sendiri Beli Jenama Mahal

Sekarang ni, pasti ramai ibu bapa yang sibuk dengan persediaan sekolah anak-anak dan mereka perlu berbelanja lebih untuk membeli baju sekolah, alat tulis dan lain-lain.

Tular di X satu hantaran memaparkan gambar resit pembelian alat tulis untuk lima orang anak. Si ibu juga pemilik resit itu mengadu dia perlu berbelanja lebih kerana harga barang semakin mahal.


Jumlah mencecah RM600 untuk lima orang anak?

Melihat kepada resit tersebut, si ibu telah membeli alat tulis untuk lima orang anaknya dan ianya berjumlah RM597.30. Oleh itu, dia meluahkan rasa sedih kerana jumlah pembelian alat tulis sahaja hampir mencecah RM600 manakala baju sekolah anak pun sudah melebihi RM500.

Harga alat tulis untuk 5 orang anak menangis gaiss.. hampir-hampir RM600 sikit pengsan aku. Tadi baju sekolah sudah RM500 lebih belum masuk kasut sama beg sekolah lagi. Keluhan belanja anak nak sekolah.

Artikel berkaitan: “Macam mana jualan tak jadi mahal” – Harga Tapak Bazar Aidilfitri Di Senawang Didakwa Cecah Sehingga RM17,000?

Artikel berkaitan: “Kenapa mahal sangat?” – Lelaki Terkejut Individu Jual Al-Quran Berharga RM599, Bagi Alasan Untuk Infak

Dalam gambar yang sama, ada tertulis ayat keluhan lain dan berharap para ibu dan bapa bersabar jika mempunyai ramai anak yang bersekolah.

Tidak lama lagi budak nak sekolah kan. Bagi mereka punya anak  yang ramai, sabarlah ya.

Kenapa beli jenama mahal?

Pun begitu, gambar resit pembelian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen dan mereka tertanya-tanya mengapa si ibu membeli alat tulis jenama mahal untuk lima orang anak sedangkan banyak lagi jenama lain yang dijual dengan harga berpatutan.

Dah tahu anak ramai pergi beli jenama.. pasaipa? Pastu mengeluh kata harga barang naik. Sebenarnya, dari plan nak ada anak pun dah kena tahu akan guna banyak duit waktu anak-anak mula sekolah. Jadi, pandai-pandai plan ye..

Mahal 5

Di ruangan balas, ramai mengkritik si ibu tidak berbelanja mengikut kemampuan sendiri sedangkan banyak lagi pilihan jenama lain atau beli sahaja atas talian.

Mahal 2 Mahal 3 Mahal 4

Berbelanjalah mengikut kemampuan kita…

Sumber: X

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Banyak lagi jual murah” – Ibu Mengeluh Barang Anak Sekolah Naik, Rupanya Sendiri Beli Jenama Mahal
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/banyak-lagi-jual-murah-ibu-mengeluh-barang-anak-sekolah-naik-rupanya-sendiri-beli-jenama-mahal/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM