in

“Banyak berangan ni”- Wanita Di India Minta Mahkamah Tangkap ‘Prince Harry’ Sebab Mungkir Janji Untuk Kahwininya

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebab tu orang cakap, tak semua benda yang kita tengok dekat internet ni boleh percaya…

Seorang wanita di India baru-baru ini telah mengemukakan petisyen di mahkamah tinggi di India meminta agar waran tangkap dikeluarkan ke atas Putera Harry kerana dia mendakwa kerabat diraja British ini telah menipu dirinya.


Macam yang korang tahu, Putera Harry telah pun berkahwin dengan bekas pelakon siri Suits, Meghan Markle dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata. Namun menurut Palwinder Singh, sepatutnya dia yang menjadi isteri kepada putera tersebut. Hah pulak…

Palwinder yang hadir di mahkamah tinggi tanpa diwakili peguam telah mengemukakan petisyen untuk menangkap dan mendakwa Putera Harry kerana menurutnya, Harry telah berjanji untuk berkahwin dengannya, lapor The SunUK.

Court

Malah, wanita ini turut mengatakan yang dia telah pun memberikan mesej melalui emel kepada bapa Harry, Putera Charles untuk memberitahunya tentang pertunangan mereka.

Turut disertakan, beberapa emel komunikasi antara dirinya dan Putera Harry sepanjang “percintaan” mereka.

Bagaimanapun, Hakim Arvind Singh Sangwan mengatakan, selepas dia mendengar petisyen wanita tersebut, dia menganggap yang situasi ini hanyalah angan-angan Palwinder untuk berkahwin dengan Putera Harry.

Jelasnya lagi, petisyen yang dihantar juga sangat tak teratur dan mempunyai banyak kesalahan tatabahasa menunjukkan yang wanita ini tak mempunyai pengetahuan tentang undang-undang.

Malah, bila ditanya sama ada dia pernah berada di United Kingdom atau tidak, wanita itu berkata yang semua komunikasi hanya dibuat menerusi media sosial.

Oleh kerana ini, mahkamah tak boleh mengambil serius atas dakwaan wanita tersebut dan menolak petisyennya itu.

Ada kemungkinan ‘Putera Harry’ ini duduk di kafe siber di kampung di Punjab dan mencari peluang untuk dirinya.”

Alamak, entah siapalah dok mesej dia selama ni. Kesian…

 

Baca: “Selama ni kita bagi je apa dorang nak” – Keluarga Diraja Kecewa, Hanya Tahu Keputusan Harry & Meghan Dari TV

Screenshot 2021 04 16 At 4.09.42 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.