Boleh dikatakan hampir setiap minggu kita akan dengar mengenai kes bunuh diri. Agak mengejutkan jugalah apabila kes bunuh diri sejak akhir-akhir ini melibatkan remaja dan pelajar sekolah.
Terbaru, aktivis sosial, Syed Azmi telah berkongsi kes bunuh diri yang amat menyedihkan melibatkan seorang pelajar 11 tahun di Facebook. Berikut apa yang diceritakannya…
“Dia menulis satu nota dia suka satu budak ni yang berumur 11 tahun berlainan jantina”
Menurut Syed Azmi, seorang pelajar berusia 11 tahun telah meninggal dunia akibat meminum racun rumpai dengan sengaja. 2 hari sebelum dia meninggal dunia, pelajar itu sempat menceritakan apa yang berlaku.
Kata mangsa, dia malu akibat dihukum kerana menulis nota cinta buat seorang pelajar yang dia sukai di sekolah.
“Dia baru 11 tahun, saya ni yang patut mati dulu dan bukan budak 11 tahun yang ada peluang cerah”
“Nak ke anak kita malu dan minum Clorox?”
Menerusi perkongsian Syed Azmi ni, admin yakin yang ramai di antara kita mulai faham bahawa mendidik anak-anak tu perlu ada ‘method’ dan berhati-hati dalam perlakuan serta kata-kata sebab takut hati mereka terguris dan kita pula tak faham situasi mereka pada ketika itu.
Apa-apapun admin doakan semoga keluarga mangsa tabah hadapi dugaan ini dan kita sebagai ibu bapa atau guru jangan ulangi kesilapan yang sama.